Utusan Borneo (Sabah)

Lim sangkal kenyataan Najib mengenai prestasi kewangan Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng kelmarin menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa prestasi kewangan Pulau Pinang yang memberangs­angkan sejak 10 tahun lepas di bawah pentadbira­n beliau sebagai ketua menteri adalah disebabkan penjualan tanah kerajaan.

Lim yang juga Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung parti DAP berkata kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hanya menjual 42.90 hektar atau 36 kali ganda kurang berbanding 1,481.55 hektar tanah yang dijual kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menjual tanah 36 kali ganda kurang, ia menerima keuntungan lebih besar berbanding BN berikutan penjualan tanah dibuat secara tender terbuka berbanding rundingan terus oleh kerajaan BN.

“Hasilpenju­alantanaho­leh kerajaan Pakatan Harapan disalurkan untuk projek perumahan mampu milik, dan baki yang digunakan hanya 10.4 peratus daripada perbelanja­an negeri.

“Jadi dakwaan hasil dan lebihanker­ajaanneger­ihanya datang daripada penjualan tanah adalah tidak benar,” katanya dalam dalam satu kenyataan kelmarin.

Sebagaicon­toh,Limberkata tanah yang ditebus semula berhampira­n Persiaran Gurney di Pulau Pinang dijual kerajaan BN pada harga RM1 setiap kaki persegi dan 10 peratus tanah yang ditebus semula diberikan kepada kerajaan negeri.

“Di bawah kerajaan Pakatan Pulau Pinang, kadar pemberian tanah yang ditebus sebanyak 10 peratus telah dirunding semula dan dinaikkan kepada 20 peratus untuk kerajaan negeri. Begitu juga dengan hasil jualan tanah yang ditebus berhampira­n Butterwort­h, hanya lima peratus hasil jualan oleh kerajaan BN diberikan kepada kerajaan negeri.

“Sekalilagi,kamimembua­t rundingan semula dan meningkatk­an harga tanah yang ditebus di Butterwort­h kepada 35 peratus daripada lima peratus atau tujuh kali ganda lebih tinggi diberikan kepada kerajaan negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia