Utusan Borneo (Sabah)

‘The Conners’ ambil alih selepas kematian watak Roseanne

-

SALAH sebuah keluarga paling terkenal di televisyen kembali Selasa lepas tanpa ketua wanitanya, kerana watak Roseanne Conner yang garang telah dimatikan akibat pengambila­n ‘opioid’ berlebihan yang tidak disengajak­an.

Siri komedi ‘The Conners’, yang memapar-kan semua watak utama dalam keluarga kolar biru dari ‘Roseanne’ kecuali bagi bintang dan penciptany­a, Roseanne Barr, mengadakan tayang-an perdana di saluran milik Disney, ABC, lima bulan selepas ‘Roseanne’ dibatalkan ekoran tweet rasis dari Barr.

Penonton kali terakhir melihat Roseanne Conner menyembuny­ikan ketagihan ‘opioid’ yang berpunca daripada sakit lutut dan bakal menjalani pembedahan mahal yang sudah lama ditangguhk­an.

“Kami dukacita kerana ABC memilih untuk membatalka­n Roseanne dengan mematikan watak Roseanne Conner. Hakikat bahawa ia dilakukan menerusi pengambila­n ‘opioid’ berlebihan memberi dimensi suram dan meresahkan yang tidak perlu kepada program keluarga yang sebenarnya gembira,” Barr menyebut dalam satu kenyataan.

Dalam episod pertama ‘The Conners’, keluarga itu ditunjukka­n sedang berusaha untuk menerima hakikat tentang kematian Roseanne daripada apa yang mula-mula disangkaka­n serangan sakit jantung tetapi kemudian didedahkan sebagai pengambila­n ‘opioid’ berlebihan.

Mereka mendapati dia telah menyembuny­ikan ubat penghilang kesakitan di merata tempat dalam rumah, dan memperoleh­inya dari sekumpulan rakan yang berkongsi ubat untuk mengurangk­an kos.

Siri asal ‘Roseanne’ bersiaran daripada 1988 sehingga 1997 dan dipuji kerana gambaranny­a yang realistik tentang kehidupan kelas buruh.

Penampilan­nya semula pada

Mac lalu, di mana Barr membawa watak seorang penyokong Presiden Republikan Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, merupakan siri paling popular di saluran ABC, dengan purata 18 juta penonton bagi setiap episod.

Tema ‘opioid’ dalam ‘The Conners’ tidak mungkin lebih topikal. Ketagihan kepada ‘opioid’ - kebanyakan­nya preskripsi ubat penghilang kesakitan, heroin dan fentanil - sudah mencapai tahap wabak di AS.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, ‘opioid’ menyebabka­n lebih 49,000 kematian pada tahun lepas.

ABC membatalka­n ‘Roseanne’ pada Mei lalu selepas Barr mencetuska­n kemarahan dengan tweet yang membanding­kan bekas pentadbira­n Obama yang berkulit hitam, Valerie Jarrett, dengan beruk.

Barr memohon maaf dan berkata tweet itu bersifat politik, bukan rasis. Namun dia bersetuju untuk berundur daripada program yang dia cipta itu dan tidak akan melibatkan diri dari segi kewangan mahupun kreativiti dalam ‘The Conners’. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI TANPA ROSEANNE: Gambar fail yang diambil pada 23 Mac 2018 ini menunjukka­n (dari kiri) pengeluar eksekutif Whitney Cummings, pelakon Michael Fishman, John Goodman, Jayden Rey, Roseanne Barr, Sara Gilbert, Sarah Chalke dan Emma Kenney menghadiri tayangan perdana ‘The Roseanne Series’ di Walt Disney Studios di Burbank, California.
— Gambar AFP KEMBALI TANPA ROSEANNE: Gambar fail yang diambil pada 23 Mac 2018 ini menunjukka­n (dari kiri) pengeluar eksekutif Whitney Cummings, pelakon Michael Fishman, John Goodman, Jayden Rey, Roseanne Barr, Sara Gilbert, Sarah Chalke dan Emma Kenney menghadiri tayangan perdana ‘The Roseanne Series’ di Walt Disney Studios di Burbank, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia