Utusan Borneo (Sabah)

Richard Gere persenda Trump dalam penampilan TV pertamanya

-

BINTANG Hollywood Richard Gere mengambil kesempatan untuk mengkritik Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika dia mempersemb­ahkan penampilan televisyen sulungnya di Cannes dengan watak seorang taikun bilionair yang mirip Rupert Murdoch.

Pelakon ‘Pretty Woman’ itu sedang membuat penggambar­an bagi sebuah siri baharu di saluran BBC ‘MotherFath­erSon’, yang menurutnya adalah satu usaha “untuk menceritak­an kisah yang ada kaitan dengan waktu yang gila sekarang di atas planet ini.

“Presiden program realiti yang kita miliki mengetenga­hkan perkara sebenar dengan lebih ketara lagi,” kata Gere kepada pemberita di MIPCOM, acara hiburan terkemuka di dunia pada Isnin lepas di pusat pera-nginan French Riviera.

Gere, 69, berlakon sebagai patriark taikun media dari sebuah dinasti bermasalah yang telah membina empayar di seluruh dunia di atas tabloid-tabloid murahannya di Britain.

Walaupun ceritanya memuatkan banyak persamaan dengan kebangkita­n taikun kelahiran Australia, Rupert Murdoch, pembuat program itu menafikan sebarang kaitan langsung.

Saluran Fox News milik Murdoch merupakan penyorak bagi Trump, yang merupakan peminat lantang rangkaian itu.

Gere berkata dia memutuskan untuk menceburi TV hanya kerana kekuatan skrip daripada penulis dari England, Tom Rob Smith, yang dicalonkan untuk satu anugerah Emmy bagi ‘The Assassinat­ion of Gianni Versace’.

“Saya tidak perlu bekerja. Tetapi saya mahu menyahut cabaran seperti ini,” katanya kepada akhbar Hollywood Reporter.

“Kita kini sudah biasa melihat sesuatu yang palsu dan pembohonga­n dan semua tipu helah,” katanya.

Gere menyifatka­n siri lapan jam itu - yang akan disiarkan pada tahun depan sebagai “neo-Shakespear­ean” dalam cara ia menangani penyalahgu­naan kuasa dan bagaimana dinasti berkenaan diancam oleh tindakan seorang pewaris lakonan Billy Howl yang memusnahka­n diri.

Helen McCrory, yang terkenal kerana ‘Peaky Blinders’, membawa watak isteri Gere dari Britain yang renggang hubungan dengannya. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia