Utusan Borneo (Sabah)

WebTVAsia dan Ciwen Media meterai perjanjian produksi bersama

-

WEBTVASIA, kumpulan hiburan media ditubuhkan di Malaysia yang terkenal di Asia, menandatan­gani perjanjian produksi bersama antarabang­sa dengan Ciwen Media Group (Ciwen) sempena Program Komunikasi Pasaran Antarabang­sa (MIPCOM), yang berlangsun­g di Cannes, Perancis, pada Selasa.

Perjanjian itu ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Web-TVAsia Fred Chong dan pengasas dan Pengerusi Ciwen, Ma Zhongjun.

Ciwen, studio China yang disenarai awam dan WebTVAsia bersetuju untuk bersama-sama menghasilk­an dan menerbitka­n ‘Gangsters of Shanghai’, yang berdasarka­n novel oleh Gerry O’Sullivan, tanpa mengumumka­n bajetnya.

WebTVAsia dan penerbit bersamanya, Ideate Media, memperoleh hak eksploitas­i buku itu dan melabur dalam penghasila­n skrip untuk siri filem cereka dan siri televisyen. Penulis skrip Hollywood, Trey Callaway dan Kerry Williamson, turut terlibat dalam projek itu.

Chong, dalam satu kenyataan, berkata syarikat berhasrat menghidupk­an landskap sosio-politik Shanghai yang menarik pada tahun 1920an.

“Menampilka­n perjuangan antara ikon penguatkua­saan undang-undang penjajah dan geng tempatan, semua orang adalah gangster, malah polis, “katanya.

Sementara itu, Ma, dalam kenyataan yang sama berkata: “’Gangsters’ adalah antara legenda China yang paling terkenal, oleh itu kami sangat teruja untuk menghasilk­an edisi bertaraf dunia dengan bintang global yang menceritak­an kisah ini kepada khalayak antarabang­sa.”

WebTVAsia adalah sebahagian daripada delegasi Malaysia di MIPCOM 2018, acara empat hari yang berakhir pada 18 Oktober.

Delegasi itu diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, dan pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Shakib Ahmad Syakir.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati dengan melayari www.webtvasia. com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia