Utusan Borneo (Sabah)

Rogol kanak-kanak 12 tahun, remaja dihantar ke Sekolah Henry

Dipercayai menyamar polis, menyamun seorang peniaga

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

BEAUFORT: Dua suspek lelaki yang menyamar sebagai anggota polis masih dalam buruan membabitka­n kes samun sebuah kedai makan di Kuala Penyu.

KetuaPolis­DaerahBeau­fort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Rabu lepas.

Beliau berkata, semasa kejadian mangsa yang juga pemilik kedai berkenaan yang berusia 29 tahun didatangi dua lelaki yang memperkena­lkan diri masing-masing sebagai anggota polis.

Katanya, kedua-dua suspek memberitah­u kedai mangsa menjual barang iaitu dadah jenis syabu sebelum bertindak menggari tangan mangsa di belakang dan menutup pintu kedai.

“Kejadian itu berlaku dalam tempoh kira-kira 30 minit apabila suspek mula menyoal di mana mangsa meletakkan dadah syabu terbabit.

“Suspek turut mengugut mangsa sama ada mahu disoal secara lembut atau kasar sebelum mukanya ditutup menggunaka­n beg plastik hitam.

“Mangsa kemudianny­a ditinggalk­an dalam keadaan tangan bergari,” katanya ketika dihubungi mengesahka­n kejadian di sini pada Khamis.

Azmir berkata, kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa berjaya dibantu oleh pelanggan yang datang ke kedainya untuk membeli rokok dan mendapati beberapa barangan di kedainya hilang dipercayai dicuri suspek.

Menurutnya, antara barangan yang dicuri termasukla­h wang tunai kirakira RM3,000, lima telefon pintar pelbagai jenama, sebuah tab, rantai leher dan dokumen peribadi dengan anggaran kerugian berjumlah RM8,000.

“Mangsa menganggar­kan umur kedua-dua suspek sekitar 30-an dan dari loghat percakapan dipercayai suspek adalah warga tempatan.

“Kerja pengesanan suspek sedang dijalankan dan berdasarka­n maklumat terkini, polis percaya dapat memberkas kedua-dua suspek dalam masa terdekat,” jelasnya.

Pihaknya masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? LOKASI kedai makan mangsa dalam kejadian samun di Kuala Penyu.
LOKASI kedai makan mangsa dalam kejadian samun di Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia