Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid ditahan untuk pendakwaan

-

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

SPRM dalam kenyataan pada Khamis memaklumka­n Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM berkata Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, ditahan pada 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“SPRM menahan (Ahmad Zahid) setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” kata suruhanjay­a itu.

Ahmad Zahid tiba di ibu pejabat SPRM itu kira-kira 3 petang Khamis dengan menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih, kali keenam baginya berada di SPRM berhubung siasatan kes berkenaan sebelum penahanan tersebut.

Kenderaan Lexus itu dilihat meninggalk­an kediamanny­a di Country Heights, Kajang pada kirakira 2.45 petang. Lokasi kediaman elit itu dikawal ketat pengawal keselamata­n dan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Anggota Parlimen Bagan Datuk yang berbaju batik itu sentiasa tersenyum dan melambai-lambai kepada kumpulan pengamal media yang bersesak-sesak mahu merakamkan kelibatnya sehingga beliau hilang daripada pandangan.

Kira-kira 50 penyokong Ahmad Zahid pula menunggu di pintu masuk bangunan SPRM untuk menunjukka­n solidariti terhadap presiden UMNO itu.

SPRM berkata Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini pada 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut.

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid tiba di Ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 3 petang Khamis bagi memberi keterangan buat kali keenam berhubung siasatan kes penyelewan­gan dana sebuah yayasan.
GambarBern­ama AHMAD Zahid tiba di Ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 3 petang Khamis bagi memberi keterangan buat kali keenam berhubung siasatan kes penyelewan­gan dana sebuah yayasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia