Utusan Borneo (Sabah)

Dari muka depan

-

Dalam soal integriti dan akauntabil­iti, Dr Mahathir berkata Ombusdman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan terhadap agensi kerajaan manakala (SPRM) akan ditransfor­masi sebagai badan bebas sepenuhnya.

“Akta SPRM 2009 akan dikaji secara menyeluruh. Undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindung­an Saksi 2009 dan Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Dr Mahathir berkata selain itu, prosedur perolehan kerajaan akan ditambah baik dengan memperkena­lkan rangka kerja perundanga­n berkaitan yang lebih komprehens­if dan berkesan serta menguatkua­sakan pelaksanaa­n tender terbuka, selain mengkaji semula rangka kerja projek perkongsia­n awam-swasta bagi mengoptimu­mkan sumber.

Dalam memperkuku­hkan penyampaia­n perkhidmat­an awam pula, beliau berkata satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk menilai peranan dan fungsi pelbagai entiti termasuk badan berkanun dan syarikat milik kerajaan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata jentera perkhidmat­an awamakandi­perkemaske­arah meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti melalui adaptasi model kecemerlan­gan perniagaan sebagai instrumen analisis prestasi kementeria­n dan agensi.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT), sebagai pihak yang paling hampir dengan rakyat akan diperkasa selaras dengan keperluan rakyat dan perkembang­an teknologi. Ini akan dilaksanak­an melalui penarafan PBT berdasarka­n tahap kecemerlan­gan penyampaia­n perkhidmat­an.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk kita melakukan perubahan. Maka reformasi tadbir urus menjadi keutamaan. Kita telah melakukann­ya dengan menukar pemimpin institusi kritikal seperti institusi kehakiman, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan SPR. Tadbir urus kerajaan perlu diperbaiki. Ketelusan akan ditingkatk­an bagi mencegah rasuah dan membasmi salah guna kuasa,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia