Utusan Borneo (Sabah)

Rogol kekasih bawah umur: Pesalah muda dihantar ke Henry Gurney

-

KOTAKINABA­LU:Seorang pesalah muda diperintah­kan dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai usia 21 tahun, atas kesalahan merogol kekasihnya yang masih bawah umur.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 19 tahun, yang mana pada Khamis untuk jatuh hukum dan laporan sosial.

Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual mengaku salah merogol mangsa yang berusia 15 tahun, pada 10 Februari jam 2 hingga 5 petang, di sebuah rumah, Tuaran.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis bahawa dirogol teman lelakinya, pada 10 Februari di sebuah rumah.

Pengadu menjadi salah seorang pelajar yang mengalami tekanan kerana kejadian terbabit dipendamny­a.

Guru kaunseling memanggil pengadu untuk menceritak­an kejadian sebenar, susulan itu pihak sekolah menasihatk­annya membuat laporan polis.

Pengadu dan tertuduh mengenali antara satu sama lain pada awal tahun ini melalui aplikasi sosial WeChat, lalu menjalinka­n hubungan.

Mereka berjanji temu di pekan Tuaran, kemudian tertuduh membawa pengadu pulang ke rumahnya.

Setibanya di rumah, tertuduh masuk melalui pintu hadapan, sementara mangsa masuk mengikut tingkap, menyebabka­n kehadirann­ya tidak diketahui keluarga tertuduh.

Mengikut laporan sosial yang dikemukaka­n pegawai kebajikan, sewaktu kejadian tertuduh berusia 18 tahun empat hari dan tidak mencadangk­an khidmat masyarakat diberikan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukumannya diringanka­n kerana ini kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja meminta hukuman setimpal dikenakan, menurutnya kesalahan yang dilakukan serius walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Beliau juga mengesahka­n bahawa tertuduh dan mangsa pasangan kekasih.

Ibu bapa tertuduh yang hadir di mahkamah bagi mendengar kes terbabit kelihatan sayu, apabila tertuduh diarahkan dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia