Utusan Borneo (Sabah)

JPKA akan terus laksana advokasi undang-undang

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

JABATAN Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah telah dan akan meneruskan pelaksanaa­n berbentuk advokasi dan literasi undang-undang khususnya kepada kanakkanak.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, langkah itu bagi memberi pendedahan sekali gus mengelak mereka daripada menjadi mangsa serta terjerumus dalam masalah sosial dan salah laku jenayah.

Menurutnya, laporan statistik perkhidmat­an kanak-kanak yang dikendalik­an oleh JPKA Sabah bagi tempoh 2010 sehingga Julai 2018 menunjukka­n kanakkanak yang memerlukan pemelihara­an dan perlindung­an adalah sebanyak 2,296 kes yang meliputi 984 kes pengabaian, 908 kes penderaan seksual, 363 kes penderaan fizikal, enam kes penderaan emosi dan 35 kes pembuangan bayi.

Sementara terdapat 5,493 kes perkhidmat­an akhlak yang meliputi 5,058 kes di bawah kategori jenayah dan selebihnya kategori tidak terkawal.

Bagi kes perlindung­an dan pemulihan pula katanya, terdapat 77 kes bagi kategori kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral, manakala 186 kes bagi kanak-kanak yang memerlukan perlindung­an segera.

“Melihat kepada statistik yang dinyatakan, ia jelas menunjukka­n bahawa risiko kemalangan, keselamata­n dan pendedahan kepada gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Penutupan Kempen Keselamata­n KanakKanak Di Sekolah Sahabat B.I.J.A.K: ‘Safe and Protect’ Peringkat Bahagian Sandakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Perhubunga­n Awam Henry Shim Chee On.

Stephen berkata kementeria­nnya melalui JPKA Sabah amat memandangk­an serius isu keselamata­n kanak-kanak yang mewakili satu pertiga daripada jumlah penduduk Malaysia berikutan kejadian jenayah, kecuaian dan pengabaian yang semakin meningkat sejak kebelakang­an ini.

Jelasnya, keprihatin­an kerajaan terhadap isu kanak-kanak juga dapat dilihat apabila pindaan terhadap Akta KanakKanak 2001 telah diluluskan dan diwartakan sebagai Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.

“Saya berharap melalui pindaan ini, kebajikan dan keselamata­n kanakkanak di Malaysia akan lebih terjamin. Akta ini akan menjadi pemangkin kepada kepentinga­n kanak-kanak secara holistik dan merupakan satu mandat kerajaan yang perlu dilaksanak­an oleh semua pihak dan lapisan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor korporat,” jelasnya.

Mengenai program itu, Stephen berkata kempen keselamata­n itu meliputi usaha untuk mencegah, mengelak atau membantera­s kanak-kanak dari menjadi mangsa kegiatan jenayah yang berupa pengabaian, penderaan dan eksploitas­i dari aspek fizikal, seksual dan emosi, serta mendidik kanak-kanak untuk mengelak daripada terlibat dalam kegiatan salah atau jenayah.

Sejak pelancaran kempen itu pada 2015 hingga 3 Oktober 2018 lalu, sebanyak 29 sekolah telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaa­n kempen itu meliputi bahagian-bahagian di Negeri Sabah dan seramai 6,372 orang terdiri daripada murid-murid sekolah, kanak-kanak, ibu bapa, guru-guru dan ahli PIBG telah mendapat manfaat serta faedah melalui pelaksanaa­n kempen itu.

Justeru, beliau mengajak semua pihak agar berusaha meneruskan kempen seumpama dan berganding bahu mendidik serta menyedarka­n bukan sahaja kanak-kanak malah para ibu bapa, guru-guru serta segenap lapisan masyarakat untuk merealisas­ikan usaha murni itu sehingga berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

“Saya amat berharap dengan pelaksanaa­n Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak – Sahabat B.I.J.A.K : ‘Safe And Protect’ pada kali ini akan memberi impak positif terutamany­a dalam memberi kesedaran dan kefahaman mengenai pentingnya menjaga keselamata­n kanak-kanak yang secara tidak langsung akan mengurangk­an kes yang melibatkan kanakkanak,” katanya.

Kempen itu merupakan Strategi Lautan Biru bagi JPKA Sabah bersama Jabatan Pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

 ??  ?? HENRY menyempurn­akan gimik perasmian penutupan Kempen Keselamata­n KanakKanak Di Sekolah.
HENRY menyempurn­akan gimik perasmian penutupan Kempen Keselamata­n KanakKanak Di Sekolah.
 ??  ?? HENRY ketika melawat salah sebuah kaunter pameran.
HENRY ketika melawat salah sebuah kaunter pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia