Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pekebun kecil terima Anugerah Industri Sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

KOTA KINABALU: Tiga pekebun kecil masing-masing dari Perak, Sabah dan Sarawak menerima pengiktira­fan sebagai pekebun kecil sawit terbaik, manakala satu koperasi diiktiraf Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) terbaik bagi Anugerah Industri Sawit 2017/2018.

Penyampaia­n anugerah yang diadakan sempena Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 disempurna­kan Menteri Industri Utama, Teresa Kok di sini, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi MPOB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din.

Bagi kategori pekebun kecil penerima terdiri Zainal Hassan Basri dari Perak, Kamarulzam­an Brahim (Sarawak) dan Hamka Kasma (Sabah).

Kategori KPSM pula dianugerah­kan kepada Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Temerloh Berhad dari Pahang.

Pekebun kecil dinilai berdasarka­n pencapaian produktivi­ti, pelaksanaa­n amalan pertanian baik, penglibata­n dengan MPOB, integrasi sawit, pengurusan dan jalinan hubungan, aktiviti ekonomi tambahan serta modal insan.

Bagi koperasi penilaian adalah berdasarka­n kriteria yang meliputi keahlian koperasi, yuran dan saham koperasi, pendapatan, kepelbagai­an aktiviti yang diniagakan, pengurusan koperasi yang merangkumi aspek pematuhan UndangUnda­ng Kecil Koperasi serta modal insan, komitmen koperasi terhadap MPOB, pulangan kepada ahli dan jualan buah tandan segar secara berkelompo­k.

Penerima Anugerah Industri Sawit peringkat Semenanjun­g Malaysia, Zainal Hassan Basri dari Kampar, Perak mengusahak­an tanaman sawit seluas 1.98 hektar dengan hasil purata buah tandan segar (BTS) pada tahun 2017 sebanyak 34.78 tan sehektar setahun.

Selain tanaman sawit, beliau turut mengusahak­an integrasi ternakan keli, ayam, kambing dan kerbau sebagai sumber pendapatan tambahan.

Kamarulzam­an Brahim yang mengusahak­an tanaman sawit seluas 4 hektar berjaya memperoleh hasil purata BTS sebanyak 25.07 tan setahun pada 2017. Beliau yang berasal dari Pusa, Sarawak turut mengusahak­an integrasi lembu dan burung walit sebagai pendapatan tambahan.

Pemenang peringkat Sabah, Hamka Kasma yang berasal dari Tawau, mengusahak­an tanaman sawit seluas 29.17 hektar berjaya memperoleh hasil purata BTS sebanyak 33.36 tan sehektar setahun pada 2017.

Sebagai sumber pendapatan tambahan beliau menjalanka­n aktiviti menternak lembu serta integrasi tanaman dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah.

Sementara itu, KPSM Daerah Temerloh Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan dianggotai 68 ahli melaksanak­an jualan BTS secara berkelompo­k terus ke kilang.

KPSM Temerloh juga memiliki dua pusat timbang bagi memberi kemudahan kepada pekebun kecil untuk menjalanka­n urus niaga buah tandan segar. Koperasi ini turut memberi tumpuan kepada kebajikan ahlinya.

Anugerah Industri Sawit adalah pengiktira­fan kerajaan kepada pihak industri sawit yang berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dan menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan dalam pelbagai sektor seperti perladanga­n, pengilanga­n dan pemprosesa­n serta penapisan.

 ??  ?? TERESA Kok bersama pemenang Anugerah Industri Sawit 2017/2018.
TERESA Kok bersama pemenang Anugerah Industri Sawit 2017/2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia