Utusan Borneo (Sabah)

Euro Fed Lipid 2018, MPOB giat promosi minyak sawit

- Oleh Dr. Puah Chiew Wei cwpuah@mpob.gov.my

BELFAST, UNITED KINGDOM: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meneruskan usaha untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kemampanan industri sawit Malaysia dan khasiat minyak sawit di Euro Fed Lipid Congress 2018 ke-16 pada 16 hingga 19 September 2018 lalu.

Sebagai langkah menyebarka­n hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) terkini di peringkat antarabang­sa, MPOB menjadi penaja perak (silver sponsor) untuk persidanga­n ini.

Acara tahunan ini berjaya menarik penyertaan lebih 440 peserta terdiri saintis, penyelidik, wakil industri dan pelajar dari 36 negara yang terlibat dalam sektor minyak, lemak, tenusu, marin dan lain-lain industri yang berkaitan.

Dalam persidanga­n itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din membentang­kan ucaptama bertajuk Shifting the Perception of Palm Oil through Science and Technology in a Changing World yang selaras dengan tema persidanga­n iaitu Fats, Oils and Lipids: Science, Technology and Nutrition in a Changing World.

Beliau berkata, ia menyentuh tiga cabaran utama yang dihadapi oleh industri sawit negara iaitu impak penanaman sawit ke atas alam sekitar, pemakanan minyak sawit yang berkaitan minyak tepu dan kontaminan yang terhasil semasa pemprosesa­n serta impak sosial berkaitan buruh paksa dan kanak-kanak di Malaysia.

Selain itu, langkah-langkah bagi menangani semua cabaran berkenaan turut dibentangk­an.

Pegawai penyelidik MPOB juga membentang­kan lima kertas kerja yang meliputi topik berkaitan pemakanan minyak sawit dan fenolik sawit dalam kajian praklinika­l dan klinikal, bio bahan api berasaskan sawit dan pembanguna­n piawaian bagi tokotrieno­l sawit.

Dua ahli Jawatankua­sa Penasihat Program (Programme Advisory Committee – PAC) MPOB juga dijemput membentang­kan kertas kerja mengenai industri sawit.

Profesor Denis Murphy membentang­kan kertas kerja bertajuk Biotechnol­ogical Approaches to Promoting the Sustainabl­e Developmen­t of the Global Oil Palm Industry, manakala Dr. Carl Traeholt menyampaik­an pembentang­an bertajuk The Quest for Sustainabl­e Palm Oil Production – How to document Sustainabi­lity?

Terdapat beberapa kertas kerja dan poster berkaitan dengan industri sawit turut dibentangk­an di persidanga­n berkenaan.

MPOB turut menyertai pameran sempena kongres berkenaan yang berjaya menarik perhatian untuk mendapatka­n lebih banyak maklumat mengenai minyak sawit.

Produk makanan berasaskan sawit, buku kegunaan sawit dan Palm Oil Developmen­ts terkini serta maklumat mengenai skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diedarkan bertujuan memaklumka­n perkembang­an terkini penyelidik­an sawit serta usaha Malaysia dalam memartabat­kan industri sawit ke arah kemampanan kepada para peserta.

Penyertaan MPOB dalam persidanga­n ini adalah penting kerana ia dihadiri pakar minyak dan lemak dunia.

Peluang ini digunakan sepenuhnya untuk menyebarka­n maklumat tepat mengenai industri sawit yang meliputi aspek kemampanan, produktivi­ti, versatilit­i dan daya saing industri sawit negara.

 ??  ?? DATUK Dr Kushairi berinterak­si dengan peserta yang mengunjung­i pameran MPOB.
DATUK Dr Kushairi berinterak­si dengan peserta yang mengunjung­i pameran MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia