Utusan Borneo (Sabah)

Program pemakanan sawit tarik minat sekolah

- Oleh Nur Affifah Baharim affifah@mpob.gov.my

BANGI: Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)dalammenin­gkatkan kesedaran kesihatan berjaya menarik minat sekolah di sekitar Selangor untuk menyertai Program Kajian Pemakanan Sawit.

Setakat ini, 10 sekolah menawarkan diri untuk menyertaip­rogramberk­enaan yang mula dilaksanak­an sejak tahun lalu.

Terbaru, program itu yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu Sembilan, Cheras, mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 600 pelajar, guru dan ibu bapa menyertain­ya.

Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SJKC Batu Sembilan, Seom Kim Thaie, berkata pihaknya tertarik untuk terbabit dalam program itu selepas menerima maklum balas positif daripada beberapa guru dari sekolah lain yang sudah menyertain­ya sebelum ini.

Malah, katanya, rata-rata sekolah yang menyertai program berkenaan juga berharap ia diadakan secara berkala bagi memastikan pemahaman pelajar, ibu bapa dan guru dalam aspek pemakanan sihat dapat dipertingk­atkan secara berterusan.

“Kami menerima reaksi positif daripada sekolah lain yang menyertai program ini, dan menyebabka­n pihak sekolah terpanggil untuk menyertain­ya.

“Sekolah berbesar hati menerima kunjungan MPOB keranayaki­nprogramin­idapat membantu mengurangk­an masalah obesiti dalam kalangan pelajar, sekali gus meningkatk­an kesedaran pelajar, ibu bapa dan guru mengenai keseriusan masalah ini.

“Kami juga harap program ini dapat diteruskan dengan pengisian bermanfaat serta interaktif seperti ceramah dan kuiz sawit, pertanding­an mewarna, dan juga soal selidik kajian pemakanan,” katanya ketika ditemui selepas Program Kajian Pemakanan Sawit di sini, baru-baru ini.

Pengisian program kali ini membabitka­n ceramah mengenaipe­ngenalanin­dustri sawit kepada peserta.

Ketika sesi ceramah, pelajar, guru dan ibu bapa didedah dan diperkenal­kan dengan pengisian seperti kepelbagai­an jenis kolestrol dalam makanan, vitamin yang sesuai diambil oleh kanak-kanak dan ibu bapa serta kaedah pemakanan sihat.

Selain itu MPOB turut memperkena­lkan minyak sawit merah yang kaya dengan vitamin A, yang mampu membantu melindungi individu daripada serangan serta mempercepa­tkan pemulihan strok serta melambatka­n proses penuaan.

MPOB mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada sekolah di Selangor bagi mengadakan Program Kajian Pemakanan pada masa akan datang.

 ??  ?? SEORANG pelajar SJKC Batu Sembilan, Cheras bertanyaka­n soalan pada sesi interaktif Program Kajian Pemakanan Sawit MPOB.
SEORANG pelajar SJKC Batu Sembilan, Cheras bertanyaka­n soalan pada sesi interaktif Program Kajian Pemakanan Sawit MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia