Utusan Borneo (Sabah)

MPI teroka potensi dan pasaran sawit di Afrika

- Oleh Hisham Hussain hishamhuss­ain@mpob.gov.my

KAHERAH: Kementeria­n Industri Utama (MPI) mengadakan Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit dan Getah ke Mesir dan Maghribi bagi meneroka potensi dan pasaran baharu kedua-dua komoditi itu di benua Afrika, baru-baru ini.

Misi lawatan yang diketuai Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut disertai Ketua Setiausaha MPI, Datuk Zurinah Pawanteh dan Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Mohd Haniff Abd Rahman, serta wakil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), LGM Properties Corporatio­n (LGMPC), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

Misi berkenaan selaras matlamat utama MPI untuk mengukuhka­n hubungan dua hala antara negara yang terlibat terumatany­a dalam sektor komoditi yang melibatkan peluang pasaran dan pelaburan.

Sempena lawatan berkenaan, pelbagai aktiviti rasmi dilaksanak­an bagi meningkatk­an penggunaan sawit dan getah di negara yang dilawatite­rmasukperb­incangan dua hala dengan Menteri Hasil dan Perdaganga­n Dalam Negeri Mesir, Dr. Ali Al Moselhey berkaitan potensi pasaran dan pelaburan komoditi sawit di negara tersebut.

“Saya berpendapa­t bahawa hubungan Malaysia and Mesir adalah satu keunikan dari segi pendidikan, pelanconga­n and perdaganga­n kerana keduadua negara mempunyai sejarah hubungan diplomatik yang erat.

“Disamping itu, terdapat beberapa usaha sama antara Malaysia dan Mesir dalam hubungan perdaganan terutamany­a yang melibatkan minyak sawit yang masih boleh dipertingk­atkan lagi” kata Ali Al Moselhey semasa perbincang­an tersebut.

Delegasi Malaysia turut mengadakan lawatan ke Kilang Minyak Masakan ARMA iaitu kilang pemprosesa­n minyak masak terbesar di Mesir dan menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir anjuran bersama Education Malaysia Egypt dan MPOB. Program dihadiri lebih 150 pelajar yang menuntut di universiti terkemuka Mesir.

“Sektor komoditi merupakan sektor yang luas dan antara penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara”, kata Shamsul dalam sesi berkenaan.

Delegasi turut menghadiri majlis dialog pengimport minyak sawit dan getah di Mesir dan Maghribi.

Program dialog bertujuan mengukuhka­n rangkaian dan hubungan dengan pengimport utama minyak sawit dan getah Mesir dan Maghribi serta meningkatk­an usaha promosi mengenai produk nilai tambah berasaskan komoditi berkenaan.

“Terdapat banyak peluang yang ditawarkan melalui industri sawit Malaysia. Banyak syarikat terkenal dunia datang ke Malaysia untuk menjalin usaha sama dalam industri sawit kerana Malaysia menawarkan kemudahan mesra perniagaan untuk membantu dalam pertumbuha­n sektor hiliran sawit.

“Malah di sektor huluan seperti dalam ladang sawit, masih terdapat banyak peluang bagi rakan teknologi yang relevan untuk menyumbang kepada peningkata­n industri”, kata Shamsul ketika berucap pada sesi dialog di Mesir.

Manakala di Maghribi, program dialog bersama pihak industri dihadiri lebih 30 tetamu terdiri wakil syarikat yang tertumpu di sekitar bandar di Rabat dan Casablanca, Maghribi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Luar Negeri Maghribi, Rkia Derhan.

Mesir merupakan hub dan pintu masuk penting bagi minyak sawit Malaysia ke negara-negara di Afrika Utara dan Timur Tengah manakala Maghribi menawarkan hub pelaburan yang membuka peluang pasaran ke benua Eropah, Afrika Utara dan Afrika Tengah.

Kedua-dua negara mempunyai potensi dan pasaran yang semakin berkembang bagi produk sawit Malaysia.

 ??  ?? SHAMSUL Iskandar menyerahka­n buku terbitan MPOB bertajuk The Oil Palm Saga kepada Dr Ali Al Moselhey.
SHAMSUL Iskandar menyerahka­n buku terbitan MPOB bertajuk The Oil Palm Saga kepada Dr Ali Al Moselhey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia