Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 118,000 hektar tanah milik pekebun kecil peroleh sijil MSPO

- Oleh Noor Asmawati Abd Samad watie@mpob.gov.my

KOTA KINABALU: Lebih 118,000 hektar atau 5.21 peratus daripada kira-kira 2.3 juta hektar kawasan tanaman sawit pekebun kecil di negara ini sudah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga Julai tahun ini, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Beliau berkata keluasan tersebut merangkumi 105,751.06 hektar di bawah 56 kelompok pekebun kecil tersusunya­ngdikendal­ikanoleh agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, SALCRA, SLDB dan sebagainya dan 12,312.02 hektar lagi di bawah 62 kelompok pekebun kecil persendiri­an atau Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) di bawah kendalian MPOB.

“Ini bermakna sebanyak 8.21 peratus daripada 1,287,958 hektar kawasan tanaman pekebun kecil tersusun telah memperoleh sijil MSPO selain 1.26 peratus daripada 979,758 hektar kawasan tanaman pekebun kecil persendiri­an,” katanya.

Teresa Kok berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, baru-baru ini.

Persidanga­n yang dihadiri hampir 500 pekebun kecil sawit berkenaan turut dihadiri Pengerusi MPOB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Teresa Kok berkata, pencapaian pensijilan MSPO di Sabah sehingga Julai 2018, hanya 2,613.25 hektar atau 1.2 peratus daripada 221,148.49 hektar kawasan tanaman pekebun kecil sawit di negeri itu yang memperoleh pensijilan berkenaan.

Oleh itu, beliau berkata MPOB telah menubuhkan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) untuk membantu pekebun kecil persendiri­an mendapatka­n pensijilan MSPO manakala bagi pekebun kecil tersusun, bantuan disediakan melalui agensi persekutua­n dan negeri masing-masing.

Katanya SPOC juga diwujudkan­bagimengga­lakkan Amalan Pertanian Baik dan bertujuan menyatukan pekebun kecil untuk manfaat bersama.

“Kos pelaksanaa­n pensijilan MSPO bagi pekebun kecil persendiri­an ditanggung oleh kerajaan menerusi insentif sebanyak RM135 sehektar,” katanya.

Beliau berkata selain agensi pekebun kecil tersusun seperti FELDA, FELCRA serta SLDB, pekebun kecil juga boleh mendapatka­n khidmat nasihat berkaitan pensijilan MSPO daripada persatuanp­ersatuan pekebun kecil seperti NASH (Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil), EMPA (East Malaysian Planters Associatio­n) dan DOPPA (Sarawak Dayak Oil Planters Associatio­n).

Sementara itu, Teresa Kok berkata kementeria­n itu melaksanak­an pelbagai program untuk memperkasa pekebun kecil bagi meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n dan pendapatan, termasuk menempatka­n pegawai MPOB di seluruh negara bagi menyediaka­n khidmat nasihat penanaman sawit secara percuma kepada pekebun kecil dan menyalurka­n pelbagai bantuan kerajaan.

Kerajaan juga melaksanak­an Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) supaya pekebun kecil dapat mengoptimu­mkanpenggu­naan tanah serta mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil sawit, sekali gus melahirkan usahawan tani daripada kalangan pekebun kecil.

Katanya, inisiatif lain yang dilaksanak­an kerajaan untuk membantu pekebun kecil, termasuk memperkena­l teknologi dan mekanisasi seperti penggunaan Mesin Penuai Buah Sawit Bermotor (CANTAS) yang dibangunka­n MPOB sehingga menghasilk­an peningkata­n produktivi­ti penuaian melebihi 100 peratus kepada 8.7 tan sehari berbanding 3.6 tan sehari secara kaedah manual.

“Kementeria­n bersama MPOB juga menggalakk­an kerjasama dalam kalangan pekebun kecil untuk meningkatk­an produktivi­ti hasil sawit melalui penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Sehingga Jun 2018, terdapat 50 KPSM di seluruh Malaysia dengan sasaran 65 KPSM lagi ditubuhkan menjelang 2020,” katanya.

Pada majlis sama, MPOB juga menyampaik­an sijil MSPO kepada 12 pekebun kecil persendiri­an yang mewakil 12 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) di Sabah.

Skim pensijilan MSPO yang dibangunka­n MPOB akan dilaksanak­an secara mandatori menjelang akhir tahun 2019 membabitka­n pelbagai sektor dalam industri sawit termasuk sektor pekebun kecil.

 ??  ?? TERESA Kok bersama penerima sijil MSPO di Kota Kinabalu, Sabah.
TERESA Kok bersama penerima sijil MSPO di Kota Kinabalu, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia