Utusan Borneo (Sabah)

MPOB-MOPNA susun strategi mantapkan sektor tapak semaian

- Oleh Humaira Mat Taib humaira@mpob.gov.my

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Pengusaha Semaian Sawit Malaysia (MOPNA) mengadakan pertemuan bagi membincang­kan isu dan idea baharu berkaitan sektor tapak semaian sawit negara, di ibu pejabat MPOB di sini, barubaru ini.

Antara isu yang dibincang berkaitan lesen tapak semaian sawit, status Skim Bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK), penggunaan SureSawit Kit, proses pengambila­n pekerja asing dan penglibata­n MOPNA dalam industri.

MOPNA diketuai Presidenny­a, Tan Kim Tun dan lapan ahli jawatankua­sa pengurusan tertinggi persatuan berkenaan. MPOB diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmat­an), Mohamad Nor Abd. Rahman dan pegawai-pegawai kanan yang berkaitan.

Interaksi ini menyediaka­n platform bagi kedua-dua pihak untuk meningkatk­an hubungan dua hala, di samping bertukar maklumat dan pandangan mengenai program serta peraturan yang dikeluarka­n oleh MPOB.

Mohamad Nor berkata, interaksi seumpama ini adalah pendekatan terbaik supaya segala masalah yang dihadapi dapat diselesaik­an dengan segera untuk kebaikan bersama.

Di samping itu, pertemuan ini juga dapat menjana idea dan strategi baharu melalui perbincang­an bersama yang sekali gus boleh dipertimba­ngkan pelaksanaa­nnyauntukk­ebaikan industri sawit.

Sementara itu, MOPNA berharap kerajaan dengan MPOB sebagai agensi pelaksana, dapat meneruskan skim TSSPK dan TBSPK yang telah banyak membantu meningkatk­an produktivi­ti pekebun kecil.

MOPNA turut meminta penjelasan MPOB berkaitan penjualan anak benih berumur 3-4 bulan (pra-nurseri) kepada pengusaha tapak semaian dan juga kepada estet. MOPNA turut menyatakan masih terdapat ramai pengusaha tapak semaian sawit kurang jelas mengenai peraturan dan panduan terutama pensijilan Kod Amalan Tapak Semaian (CoPN) bagi mengusahak­an tapak semaian seperti yang ditetapkan oleh MPOB.

Selain isu di atas, MOPNA juga bersedia untuk bekerjasam­a dengan MPOB dalam menjalanka­n penyelidik­an supaya dapat menambah baik sektor tapak semaian bagi menjamin kualiti dan kuantiti anak benih sawit yang dibekalkan.

 ??  ?? MOHAMAD Nor Abd. Rahman (duduk, empat dari kiri) bersama ahli MOPNA yang hadir sesi interaksi di Bangi. Turut hadir Presiden MOPNA, Tan Kim Tun (duduk, tiga dari kiri).
MOHAMAD Nor Abd. Rahman (duduk, empat dari kiri) bersama ahli MOPNA yang hadir sesi interaksi di Bangi. Turut hadir Presiden MOPNA, Tan Kim Tun (duduk, tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia