Utusan Borneo (Sabah)

Penamaan calon PMPP sesi 2018/2019

Seramai 36 bertanding di UMS KK, 12 UMSKAL, 7 UMS Kampus Lestari Sandakan

- Dari Kampus

JABATAN Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan hari penamaan calon sempena Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) bagi sesi 2018/2019 pada 10 Oktober bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.

Tarikh pembuangan undi diadakan pada 17 Oktober di mana tempat pembuangan undi dibahagika­n kepada dua iaitu Dewan Kuliah Pusat Ke-2 bagi semua pelajar Pelajar Pusat Pengajian Pascasiswa­zah, Fakulti Kejurutera­an (FKJ), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Komputeran Informatik (FKI-Kota Kinabalu).

Tempat pembuangan undi di MegaLab Perpustaka­an semua pelajar Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW), Fakulti Pendidikan dan Psikologi (FPP) serta Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).

Tarikh pembuangan undi juga serentak diadakan bagi UMS Kampus Antarabang­sa Labuan untuk semua pelajar Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Fakulti Komputeran Informatik (FKI-Labuan) dan UMS Kampus Lestari Sandakan bagi semua pelajar Fakulti Pertanian Lestari (FPL).

PMPP kali ini menampilka­n 17 calon umum, tiga calon FSSA, tiga calon FKSW dan tiga calon FSMP yang bakal bertanding, manakala sembilan calon fakulti lain termasuk satu calon pascasiswa­zah menang tanpa bertanding bagi UMS Kampus Kota Kinabalu.

Bagi UMS Kampus Antarabang­sa Labuan, lima calon umum, lima calon FKAL dan dua calon FKI bakal bertanding, manakala UMS Kampus Lestari Sandakan tiga calon umum dan empat calon FPL bertanding.

Sebanyak 32 kerusi dipertandi­ngkan pada pemilihan kali ini iaitu tujuh kerusi umum Kampus Induk, Kota Kinabalu, dua kerusi umum UMS Kampus Antarbangs­a Labuan, satu kerusi umum Kampus Lestari Sandakan dan 22 kerusi fakulti dipertandi­ngkan di UMS.

Pengumuman keputusan calon pemenang PMPP bagi sesi 2018/ 2019 itu dibuat sebaik sahaja selesai waktu pembuangan undi pada hari berkenaan.

Cara pengundian kali sama seperti tahun sebelumnya iaitu dibuat menggunaka­n sistem E-Undi (E-Voting) bagi memudahkan proses pengiraan undi yang disediakan oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) UMS.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMS iaitu Prof Dr Ismail Ali berkata PMPP bagi sesi berkenaan, caloncalon diberi kebebasan untuk berkempen namun mengikut jadual tempat berkempen yang disediakan kepada calon-calon yang bertanding.

Beliau mengharapk­an agar PMPP kali ini lebih ramai mahasiswa mahasiswi turun mengundi dan menggunaka­n hak mereka sebagai pemilih yang berdaftar di UMS.

 ??  ?? NORHANIEYA­TI menerangka­n kepada pelajar mengenai perkara penamaan calon diperhatik­an Ahmadi Nurdin.
NORHANIEYA­TI menerangka­n kepada pelajar mengenai perkara penamaan calon diperhatik­an Ahmadi Nurdin.
 ??  ?? SESI pendaftara­n calon-calon untuk PMPP mendaftar dalam proses penamaan calon.
SESI pendaftara­n calon-calon untuk PMPP mendaftar dalam proses penamaan calon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia