Utusan Borneo (Sabah)

Sabah Dong Lian harap Darell buka lebih banyak industri

-

KOTA KINABALU: Persatuan Jawatankua­sa Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sabah (Sabah Dong Lian) berharap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking membuka lebih banyak industri bagi menarik universiti terkenal ke negeri ini untuk mengekalka­n bakat tempatan sedia ada.

Pengerusin­ya Ben Lim Kiat Kong berkata, ia bertepatan dengan janji Darell yang akan membawa pembanguna­n selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam negeri ini.

“Kita mencadangk­an supaya membuka kolej atau universiti tekonologi antarabang­sa untuk pelajar tempatan belajar kemahiran yang sama tanpa perlu ke luar negara.

“Ini sekali gus mencipta peluang pekerjaan bagi menangani masalah penganggur­an yang perlu diatasi kerajaan negeri,” katanya ketika membuat kunjungan hormat bersama ahli jawatankua­sa lain di pejabat menteri berkenaan di Kuala Lumpur.

Jelas Ben, kebanyakan anak muda yang memiliki kelulusan luar negara enggan pulang ke Sabah ekoran kekurangan peluang pekerjaan dan kalau ada pun gaji yang ditawarkan rendah.

Sementara itu, Darell berkata cadangan itu baik namun isu berkaitan bekalan elektrik perlu ditangani terlebih dahulu sebelum syarikat asing beroperasi di negeri ini.

Katanya, pelabuhan yang sedia ada juga perlu diperluask­an lagi.

Mengikut rekod pada tahun 2010, jumlah warganegar­a Malaysia yang bekerja di Singapura dianggarka­n seramai 385,000, diikuti di Australia seramai 116,000 dan England 69,000 orang.

Lebih 50 peratus warganegar­a yang bekerja di negara terlibat memiliki kelulusan pendidikan tinggi.

 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Persatuan Sabah Dong Lian merakam gambar kenangan bersama Darell (duduk) di pejabat itu kementeria­n di Kuala Lumpur.
AHLI Jawatankua­sa Persatuan Sabah Dong Lian merakam gambar kenangan bersama Darell (duduk) di pejabat itu kementeria­n di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia