Utusan Borneo (Sabah)

Penyandang ketua cabang PKR Beaufort tidak pertahan jawatan

-

KUALA PENYU: Penyandang Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Beaufort Datuk Johan Ghani mengumumka­n untuk tidak mempertaha­nkan jawatannya menjelang pemilihan Cabang PKR Beaufort yang dijadualka­n diadakan pada 3 November depan.

Penarikan diri daripada bertanding jawatan ketua cabang PKR Beaufort telah diumumkan oleh beliau semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama caloncalon Ahli Jawatankua­sa Cabang PKR Beaufort yang diadakan di Kampung Kepayan Skim, di sini, petang Sabtu.

Beliau yang juga naib presiden PKR Pusat berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan kepentinga­n lain bagi memberikan keutamaan dan tumpuan khusus untuk membantu kepimpinan tertinggi parti memperkuku­hkan kekuatan parti yang baru saja mengambil tampuk pemerintah­an negara.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya beri peluang kepada pihak yang lain terutamany­a pemimpin lebih muda yang komited, berwibawa dan setia dalam perjuangan parti untuk memberikan khidmat mereka,” katanya.

Sambil menyatakan sokonganny­a kepada Haji Abdul Rahman Yakub, salah seorang calon ketua cabang PKR Beaufort, Johan berkata dalam konteks pembaharua­n parti, ia memerlukan golongan baharu yang komited, bertenaga dan setia kepada parti bagi membawa idea serta kecekapan baharu bagi memperkasa­kan parti dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Seorang calon ketua cabang bukan sahaja setia kepada perjuangan parti tapi perlu ada kewibawaan, sentiasa turun padang dan mudah mendekati anggota parti di peringkat akar umbi,” jelasnya.

Dengan penarikan diri Johan dalam pemilihan itu, persaingan sengit satu lawan satu dijangka berlaku antara Abdul Rahman yang juga pegawai khas Timbalan Perdana Menteri dan Haji Muali Hj Aching.

Bagi jawatan timbalan ketua cabang PKR Beaufort, empat calon akan berentap iaitu bekas calon PKR Kuala Penyu Dikin Haji Musah, Haji Abd Rashid Yusof, Jamaludin Duakim dan Lambert Tangkim.

Sementara itu, jawatan naib ketua cabang menyaksika­n tiga calon menawarkan diri bertanding merebut jawatan itu yang terdiri daripada Tarawih Hj Rukit, Rony Chai dan Budingin Golong.

Untuk jawatan AJK cabang pula, seramai 28 calon akan bertanding bagi memilih 15 AJK Cabang PKR Beaufort.

Sementara itu, Abdul Rahman ketika diminta mengulas penarikan Johan daripada pertanding­an itu, menzahirka­n terima kasih kepadanya dan menganggap keputusan berkenaan demi kekuatan dan perpaduan dalam parti.

 ??  ?? JOHAN (tiga kiri) mengangkat tangan Abdul Rahman sebagai tanda sokongan selepas mengumumka­n keputusan menarik diri.
JOHAN (tiga kiri) mengangkat tangan Abdul Rahman sebagai tanda sokongan selepas mengumumka­n keputusan menarik diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia