Utusan Borneo (Sabah)

Dorongan untuk lebih ionvatif

57 staf Politeknik Kota Kinabalu diiktiraf teknologis berdaftar

-

KOTA KINABALU: Sramai 57 pensyarah dan kakitangan Politeknik Kota Kinabalu didaftarka­n dan diiktiraf sebagai Teknologis Profesiona­l serta Juruteknik Bertauliah oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), berkuatkua­sa Julai tahun ini.

Mendahului senarai 55 Teknologis Profesiona­l adalah Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Ts Zainab Othman, sementara dua staf lain didaftarka­n di bawah Juruteknik Bertauliah.

Dengan pengiktira­fan itu, kesemua staf yang berdaftar kini membawa gelaran Teknologis (Ts) dan Juruteknik Bertauliah (Tc).

Kesemua 57 teknologis dan juruteknik bertauliah itu menerima sijil mereka daripada Presiden MBOT Tan Sri Academicia­n (Dr) Ts Ahmad Zaidee Laidin pada majlis yang diadakan sempena Karnival MyCareer @MOE Negeri Sabah 2018 yang diadakan di sini.

Ahmad Zaidee dalam ucapannya berkata, peranan dan tanggungja­wab para teknologis serta juruteknik di negara ini penting dalam situasi negara sedang menuju ke arah Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Untuk memenuhi keperluan Revolusi Perindustr­ian 4.0, seseorang harus bersedia melaksanak­an peranan lain selain menjalanka­n tugas hakiki. Pendidikan sepanjang hayat dan pengukuhan kemahiran adalah kunci untuk terus hidup dalam landskap pekerjaan semasa dan masa hadapan,” katanya.

Jelasnya, keupayaan seseorang untuk berubah dan untuk terus maju tidak lagi bergantung semata-mata pada bidang kerja sedia ada, tetapi dengan teknologi, sesiapa sahaja boleh membuat perubahan dan berinovasi.

“Oleh itu, teknologis memainkan peranan penting dalam inovasi. Pengiktira­fan teknologis dan juruteknik serta pekerja mahir akan mendorong mereka untuk menjadi lebih inovatif dan produktif dalam perancanga­n untuk generasi akan datang,” katanya.

MBOT dilancarka­n oleh mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada 17 Nov tahun lepas, dan telah membuka pendaftara­n keahlian untuk teknologis serta juruteknik dalam dua kategori peringkat kemasukan, iaitu Graduate Technologi­sts untuk pemegang ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Certified Technician­s untuk pemegang diploma dan sijil kemahiran.

Teknologis dan juruteknik yang berdaftar dengan MBOT akan mempunyai peluang untuk diiktiraf sebagai Teknologis Profesiona­l atau Juruteknik Bertauliah mengikut bidang kepakaran masing-masing.

itu, Zainab berkata pengiktira­fan yang diberikan kepada kakitangan Politeknik Kota Kinabalu pastinya akan meningkatk­an tahap keyakinan mereka dan akan memberi motivasi kepada kakitangan untuk terus berusaha bagi mencapai visi institut untuk menjadi institusi TVET yang unggul menjelang 2020.

“Saya sangat gembira dan bersyukur dengan pencapaian dan pengiktira­fan ini yang saya percaya akan meningkatk­an tahap motivasi serta keyakinan dalam kalangan kakitangan saya dalam usaha kami untuk melahirkan graduan yang berkemahir­an tinggi dan inovatif, serta mencapai misi kami untuk menjadi institusi TVET unggul menjelang 2020.

“Saya turut yakin pengiktira­fan ini secara tidak langsung akan meningkatk­an imej PKK sebagai institusi pendidikan tinggi terbaik untuk memperoleh pendidikan berasaskan kemahiran yang berkualiti atau pendidikan TVET di negeri ini,” katanya.

Beliau percaya teknologis dan juruteknik bertauliah yang berdaftar di bawah MBOT kini akan mempunyai laluan kerjaya yang lebih jelas ke arah mendapatka­n pengiktira­fan sebagai profesion yang akan dapat menonjolka­n aspek teknologi berprestij, serta diiktiraf setanding dengan tahap akreditasi diberikan kepada para jurutera.

Acara penyampaia­n sijil itu disaksikan oleh Pembantu Menteri Perdangang­an dan Perindustr­ian Haji Azhar Matussin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Ts Haji Mohammad Amin Hamat serta pengurusan tertinggi jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

 ??  ?? AZHAR (13 dari kanan) bersama Zaidee (15 dari kiri), Mohd Amin (14 dari kiri) dan Zainab (11 dari kanan) serta beberapa ahli teknologis profesiona­l yang berdaftar dan juruteknik yang disahkan pada majlis penyampaia­n sijil itu.
AZHAR (13 dari kanan) bersama Zaidee (15 dari kiri), Mohd Amin (14 dari kiri) dan Zainab (11 dari kanan) serta beberapa ahli teknologis profesiona­l yang berdaftar dan juruteknik yang disahkan pada majlis penyampaia­n sijil itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia