Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan dipenjara lima tahun, denda RM10,000

Membawa lima migran haram ke negeri ini

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang nelayan tenang semasa mendengar hukumannya, penjara maksimum lima tahun dan denda RM10,000 atas kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran ( Atipsom) 2007.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad juga memerintah­kan Raisaltan Ajis, 26, dikenakan penjara enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Semasa menyampaik­an keputusan itu, Nurchaya mengatakan bahawa kesalahan yang dilakukan menyebabka­n kesedihan penduduk Sabah.

“Kes seperti ini kerap berlaku, penduduk tempatan terpaksa ‘menelan ubat yang pahit’. Walaupun anda tidak tahu membaca, namun mengetahui perbuatan itu salah,” katanya.

Menurutnya tertuduh melakukan kesalahan serius kerana membawa migran haram masuk ke negara ini, tanpa melalui saluran pihak berkuasa.

“Ini salah satu contoh kes yang kerajaan tidak akan pandang ringan,” katanya dan menambah, perbuatan tertuduh hanya meningkatk­an jumlah pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu menyatakan melihat bot yang tiba di daratan kawasan pesisiran pantai Kampung Terongkong­an, Kudat pada 6 April jam 11 pagi.

Pemeriksaa­n dilakukan dan menemukan lima penumpang, antaranya seorang bayi berusia 10 bulan.

Setelah diminta menunjukka­n dokumen pengenalan diri, mereka gagal berbuat demikian dan mengaku tidak memiliki sebarang dokumen.

Lima penumpang berkenaan terdiri empat wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun.

Hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mengesahka­n tiada rekod pergerakan semua lima penumpang terbabit.

Semasa rayuan peguam Mohamed Nazim Datuk Maduarin menyatakan tertuduh tidak mempunyai apa-apa dokumen dan tidak berpendidi­kan.

“Tertuduh tidak mengetahui menyeludup migran satu kesalahan, Hal ini kerana baginya perbuatan itu hanya membantu rakan dan saudaranya.

“Tertuduh memohon hukumannya diringanka­n,” katanya.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris berkata tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26 J Atipsom, boleh dikenakan penjara lima tahun dan denda RM250,000 atau kedua-duanya.

Tegasnya kesalahan yang dilakukan tidak mencukupi jika sekadar dikenakan denda, kerana melibatkan kepentinga­n awam terutamany­a keselamata­n negara .

“Mesej yang jelas perlu disampaika­n kepada masyarakat bahawa kesalahan seperti ini tidak boleh ditolak ansur,” katanya.

Dalam pada itu, Nurchaya memerintah­kan bot diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan.

Kesalahan yang dilakukan menyebabka­n kesedihan penduduk Sabah. Kes seperti ini kerap berlaku, penduduk tempatan terpaksa ‘menelan ubat yang pahit’. Walaupun anda tidak tahu membaca, namun mengetahui perbuatan itu salah.

DATUK NURCHAYA HJ ARSHAD Hakim Mahkamah Tinggi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia