Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat berhak lapor kepada SPRM

Memastikan perkhidmat­an untuk rakyat bebas ketirisan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusuf menggesa kakitangan awam khususnya di negeri ini supaya menjalanka­n tanggungja­wab dengan sebaik mungkin demi manfaat rakyat.

Beliau mahu sebarang perkhidmat­an kepada rakyat terutama membabitka­n bantuan dapat disalurkan kepada penerima yang layak serta bebas daripada sebarang ketirisan seperti mana yang berlaku sewaktu kerajaan terdahulu.

Katanya, jika terdapat sebarang salah laku pegawaipeg­awai kerajaan, rakyat berhak melaporkan perkara itu kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

“Laporkan perkara tidak betul kepada pihak berkaitan jika terdapat ketirisan atau perbuatan tidak betul pegawai-pegawai kerajaan. Ini bagi memastikan segala bentuk perancanga­n dan pembanguna­n untuk rakyat berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Mara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan 2 pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Mara Negeri Sabah Suhaimi Zainuddin, Pengetua SMK Bongawan 2 Masniah Tara dan Pegawai Khas Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Arzizan Zaini.

Daud berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang yakin jentera kerajaan akan dapat dipulihkan setelah dirosakan kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir semasa berucap di ceramah mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD Waterfront, 9 Oktober lalu berkata beberapa pegawai telah diganti dengan orang baharu sebagai salah satu langkah pemulihan.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya jentera dimiliki tidak dipulihkan dengan segera kerana sebahagian besar mentaliti mereka sudah terjejas oleh pentadbira­n Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembang­an berkaitan, Daud berkata semua kakitangan awam

“Laporkan perkara tidak betul kepada pihak berkaitan jika terdapat ketirisan atau perbuatan tidak betul pegawai-pegawai kerajaan. Ini bagi memastikan segala bentuk perancanga­n dan pembanguna­n untuk rakyat ” berjalan dengan lancar.

DR DAUD YUSUF Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

khususnya di negeri ini wajar memberi sokongan padu kepada kerajaan baharu bagi memastikan kelancaran sebarang dasar dan perancanga­n demi kebaikan rakyat.

Katanya, sikap negatif seperti birokrasi, rasuah, pilih kasih dan sebagainya harus dibuang kerana banyak rungutan diterima pihaknya tentang perkara itu terutamany­a melibatkan bantuan kepada rakyat.

“Kita mahukan perubahan dan saya mahu semua kakitangan awam khususnya di kementeria­n saya ini supaya bekerja untuk rakyat kerana keperluan rakyat adalah keutamaan kita.

“Justeru, saya menyeru semua jentera kerajaan supaya mendukung sebarang insiatif serta perancanga­n kerajaan baharu bagi memastikan segala dasar dan tindakan kita untuk rakyat mampu direalisas­ikan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar yang hadir merakamkan gambar album bersama Daud.
SEBAHAGIAN pelajar yang hadir merakamkan gambar album bersama Daud.
 ??  ?? DAUD berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
DAUD berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia