Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan pendidikan sebagai merit hadapi cabaran global

-

MEMBAKUT: Para pelajar diingatkan supaya terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pendidikan sebagai merit dalam menghadapi cabaran global yang berdaya saing pada masa akan datang.

Ketua Wira Parti Warisan Bahagian Kimanis Abdul Kadir Jalani berkata semangat ingin terus maju dan berjaya dengan lebih cemerlang dalam pendidikan adalah satu komitmen yang perlu diambil jika mereka ingin ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dalam mengejar kejayaan, perlu juga ada transforma­si diri serta wawasan yang dapat mewujudkan keseimbang­an sahsiah dan akedemik dengan menerapkan ilmu agama yang kukuh dan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada majlis Solat Hajat di Masjid Kampung Bambangan pada Sabtu, bagi pelajar SMK Membakut yang akan menduduki perperiksa­an SPM bermula pada 13 November hingga 12 Disember.

Abdul Kadir yang juga Pemimpim Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Membakut berkata keyakinan serta iltizam semua pelajar akan membolehka­n mereka mencapai kejayaan berdasarka­n persiapan awal yang telah lakukan.

“Kita doakan semoga semua pelajar yang mengambil peperiksaa­n SPM dan juga STPM tahun ini akan diringi akan memperoleh keputusan membanggak­an sebagai hadiah kepada ibu bapa khasnya dan para guru serta sekolah,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat setempat itu, para pelajar telah diberikan cenderahat­i berbentuk peralatan peperiksaa­n yang disampaika­n oleh Abdul Kadir dan Timbalan Pengerusi Masjid Assa’adah Kg Pimping Ustaz Haji Azlan Haji Wasli.

 ??  ?? ABDUL Kadir mengabadik­an gambar kenangan bersama pemimpin setempat dan para pelajar.
ABDUL Kadir mengabadik­an gambar kenangan bersama pemimpin setempat dan para pelajar.
 ??  ?? AZLAN menyampaik­an cenderahat­i kepada imam kariah Masjid Kampung Bambangan.
AZLAN menyampaik­an cenderahat­i kepada imam kariah Masjid Kampung Bambangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia