Utusan Borneo (Sabah)

Hakim Peru tangguh keputusan penahanan Keiko Fujimori

-

LIMA: Mahkamah Peru kelmarin menangguhk­an keputusan kepada permintaan pendakwa raya agar meletakkan ketua pembangkan­g Keiko Fujimori dalam tahanan pencegahan selama 36 bulan, yang beliau gelar sebagai satu konspirasi untuk “menimbus” harapan beliau untuk merebut jawatan presiden.

Pendakwa raya antirasuah Jose Domingo Perez meminta mahkamah untuk menahan Fujimori dan 11 orang lagi bagi satu tempoh yang lama ketika pasukannya menyiasat siapa yang mengaut untung berjuta-juta dolar dalam rasuah kempen daripada syarikat gergasi pembinaan Brazil Odebrecht.

Bagaimanap­un, perbicaraa­n kelmarin ditangguhk­an oleh Hakim Richard Concepcion Carhuancho selepas peguam bela mengadu bahawa pihak pendakwaan gagal untuk menyerahka­n dokumen yang dikehendak­i, dan akan memerlukan lebih banyak masa untuk mengemukak­an kes mereka.

Hakim berkata beliau akan memberi tempoh “24 jam kepada pihak pendakwaan untuk memenuhi permintaan tersebut” dan kemudian meminta satu perbicaraa­n baharu.

Fujimori, ketua parti pembangkan­g Kuasa Popular, meninggalk­an mahkamah sambil tersenyum dan melambai ke arah jurugambar di samping suaminya, Mark Vito.

Hakim menolak permintaan peguamnya agar beliau menarik diri supaya kes akan dipindahka­n ke mahkamah lain.

Beliau adalah hakim yang sama pada awal bulan ini membenarka­n permintaan Lopez untuk menahan Fujimori dalam penahanan pencegahan selama 10 hari.

Fujimori menuduh pendakwa raya dan hakim bersubahat menentang beliau.

Kedua-duanya mendapat kemasyhura­n di Peru daripada satu rangkaian pendakwaan antirasuah terhadap ahli politik terkenal.

“Saya berasakan terdapat konspirasi antara pendakwa raya Perez, mewakili Pejabat Pendakwaan, dan Hakim Concepcion Carhuancho,” Fujimori memberitah­u akhbar Peru21.

“Setiap minit, terdapat berita palsu, penipuan mengenai parti dan orang saya. Mereka cuba menyingkir­kan saya dari politik,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEIKO Fujimori (kanan) tersenyum dan melambai ke arah jurugambar selepas keputusan mengenai sama ada dia akan diletakkan dalam tahanan pencegahan ditangguhk­an di mahkamah di Lima kelmarin.
— Gambar AFP KEIKO Fujimori (kanan) tersenyum dan melambai ke arah jurugambar selepas keputusan mengenai sama ada dia akan diletakkan dalam tahanan pencegahan ditangguhk­an di mahkamah di Lima kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia