Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen AS persoal penjelasan Arab Saudi

-

WASHINGTON: Ahli Parlimen Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menyuaraka­n keraguan terhadap penjelasan Arab Saudi berkaitan kematian wartawan Jamal Khashoggi, dan mahu Wa-shington mengambil langkah sewajarnya.

Penulis ruang Washington Post itu dilaporkan hilang sejak kali terkahir dilihat di konsulat Arab Saudi, Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa Arab Saudi berkata pada Sabtu, Khashoggi dilaporkan meninggal dunia dalam satu “pergaduhan” di konsulat.

Dalam wawancara dengan Fox pada Ahad, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata sehingga kini mayat Khashogi belum ditemui dan menyifatka­n pembunuhan itu satu “kesilapan besar”.

Penjelasan itu menerima kritikan dari kongres dan senator AS.

Senator Republikan Rand Paul berkata, beliau tidak percaya dengan apa dikatakan Arab Saudi.

“Saya fikir kita perlu menghentik­an menjual senjata kepada Arab Saudi dan berbincang lanjut sama ada perlu menjadi sekutu atau musuh,” kata Paul kepada Fox News.

Bagaimanap­un, pendirian Kongres mungkin berten-tangan dengan kenyataan Rumah Putih.

Pada Jumaat, Presiden Donald Trump berkata akan bekerjasam­a dengan Kongres mengenai langkah yang akan diambil, tanpa menjejaska­n syarikat dan pekerjaan dengan mengurangk­an berbilion dolar penjualan senjata ke negara arab itu.

Selepas mendedahka­n hasil siasatan awal, Pihak Pendakwaan Awam Arab Saudi mengumumka­n 18 orang ditangkap berkaitan pembunuhan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA media dilihat membuat laporan di luar konsulat Arab Saudi di Istanbul kelmarin.
— Gambar Reuters ANGGOTA media dilihat membuat laporan di luar konsulat Arab Saudi di Istanbul kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia