Utusan Borneo (Sabah)

Muhd Eric Luqman juara keseluruha­n pertanding­an ‘Hot Wheels’

-

KUCHING:Muhd Eric Luqman Dennis muncul juara keseluruha­n pertanding­an ‘Hot Wheels’ pada program ‘Makers Meet 2018’ yang diadakan selama dua hari dan berakhir semalam di Pustaka Negeri Sarawak di sini.

Beliau mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Hot Wheels Drag Open FFA, juga di tempat kedua bagi kategori Drag Under 40gram dan di tempat keempat bagi kategori Open Blister.

Sepanjang program Makers Meet 2018 diadakan, pelbagai aktiviti diadakan antaranya aktiviti kerja kayu, berkebun, seni dan kraf, robotik, percentaka­n 3D dan elektronik.

Aktiviti lain yang turut berlangsun­g adalah ‘Arduino Programmin­g Workshop’ oleh Suruhanjay­a Komonikasi dan Multimedia Malaysia, ‘Talk on Redesignin­g Borneo Aesthetics’ oleh Wendy Teo (MaGIC), ‘Basic Introducti­on on Airplanes Remote Control’ dan ‘Mini Drone Race Competitio­n’ oleh Kelab Kawalan Jauh Petra, ‘Slot Pitching’ oleh StarUp Borneo dan ‘Creating Poster by CANVA’ oleh UNIMAS.

Selain itu Pustaka Negeri Sarawak turut membuka keahlian percuma.

Menerusi program tersebut, pihaknya mahu menggalakk­an lebih ramai pencipta daripada pelbagai peringkat umur mengetenga­hkan kreativiti mereka dalam penghasila­n produk pendidikan yang menyeronok­kan dan bermanfaat.

Antara lain, program tersebut secara tidak langsung membina satu rangkaian hubungan antara pencipta, usahawan dan menonjolka­n bakat-bakat baharu.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan Ketua Sektor Perkhidmat­an Pustaka Negeri Japri Bujang Masli.

 ??  ?? JAPRI (lima kiri) bergambar kenangan bersama pemenang, Luqman (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Hadiah Makers Meet 2018 di Kuching pada Ahad.
JAPRI (lima kiri) bergambar kenangan bersama pemenang, Luqman (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Hadiah Makers Meet 2018 di Kuching pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia