Utusan Borneo (Sabah)

Komited martabatka­n Sarawak

Selain laksana pembanguna­n, GPS tetap menuntut semula hak, kuasa Sarawak yang terhakis

- TUN Taib melakukan simbolik perasmian sempena Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 di MITEC, Kuala Lumpur. Turut kelihatan Abang Johari serta tetamu kehormat lain.

KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus berusaha memartabat­kan Bumi Kenyalang, walaupun berhadapan kekangan ekoran perubahan di peringat kerajaan pusat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata selain dari segi pembanguna­n, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan GPS juga tetap teguh dengan pendirian untuk menuntut semula hak dan kuasa Sarawak yang terhakis selama ini.

“Selagi belum mendapat 100 peratus apa yang dimahukan, kami akan terus berjuang habis-habisan untuk memartabat­kan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, malam Sabtu.

Hadir sama isteri Taib, Toh Puan

“Selagi belum mendapat 100 peratus apa yang dimahukan, kami akan terus berjuang habis-habisan Sarawak.” untuk memartabat­kan DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG, Ketua Menteri

Ragad Kurdi Taib, isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, penasihat Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 Datuk Seri Fadillah Yusof dan pengerusi penganjur Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta anggota kabinet Kerajaan Sarawak termasuk wakilwakil rakyat GPS.

Justeru, Abang Johari yang juga pengerusi GPS berharap rakyat Sarawak khususnya golongan muda akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak agar dapat meneruskan usaha membangunk­an negeri dan masyarakat dengan lebih baik.

“Dengan adanya asas yang kuat, kita akan meneruskan usaha walaupun keadaan sudah berubah... kita terpaksa melaksanak­an perkara yang sesuai dengan perubahan pada masa ini untuk melonjakka­n lagi pembanguna­n di Sarawak,” ujarnya.

Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 yang memasuki edisi ke-11, telah dikunjungi kira-kira 7,000 orang yang terdiri daripada anak-anak Sarawak yang belajar, bekerja dan menetap di Semenanjun­g Malaysia.

Diadakan pada 20 Oktober lalu di MITEC,LanBerambe­hAnakSaraw­ak 2018 yang mengumpulk­an anak Sarawak dari seluruh Semenanjun­g Malaysia turut mengetenga­hkan pelbagai acara seperti bengkel, forum Federalism­e: Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963, pembukaan 70 gerai pameran dan banyak lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia