Utusan Borneo (Sabah)

Dua kategori projek dibatalkan kerajaan pusat

-

KUCHING:Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata terdapat dua kategori projek yang dibatalkan kerajaan pusat.

Beliau berkata dua kategori projek berkenaan ialah projek ‘hot air’ iaitu janji-janji manis bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khasnya semasa musim pilihan raya dan tidak mendapat kelulusan bajet daripada Parlimen.

Kategori kedua pula katanya ialah ‘projek kroni’ iaitu projek yang ditauliah kepada kontraktor bukan menerusi tender terbuka dan melibatkan kos tinggi.

Menurutnya terdapat lebih 100 projek di bawah kategori-kategori itu di seluruh negara termasuk di Sarawak telah dibatalkan pelaksanaa­nnya oleh kerajaan pusat.

“Di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini banyak projek hanyalah janji-janji kosong Najib yang tidak dapat ditunaikan kerana kekurangan dana. “Sebab itu banyak majlis pecah tanah diadakan tetapi projek tidak berjalan hingga kini kerana tiada peruntukan dilulus oleh Parlimen,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak di sini pada Ahad.

Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan pengerusi DAP Sarawak berkata bagi ‘projek kroni’ ia dibatalkan kerana bukan sahaja pentauliah­an tanpa tender terbuka tetapi didapati tidak memberi impak besar kepada negara dan rakyat.

Justeru ujarnya, dakwaan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu kerajaan persekutua­n membatalka­n projek-projek yang telah diluluskan hanyalah gambaran jelas mereka bimbang bakal hilang kuasa pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Dalamperke­mbangansam­a,Chongturut­menjelaska­n tentang penantian 12 tahun penduduk di RPR Tondong agar tangki septik di kawasan perumahan itu diganti baharu selepas DAP membangkit­kan isu berkenaan menerusi media Ogos lalu.

Beliau berkata SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) baru-baru ini mendedahka­n kerajaan pusat membatalka­n projek menggantik­an tangki septik di RPR Tondong serta kerja-kerja membaik pulih RPR Sri Wangi dan RPR Sibujaya.

Menurutnya,Kementeria­n Kewangan tidak pernah mengeluark­an Surat Setuju Terima untuk ketiga-tiga projek berkenaan seperti didakwa SUPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia