Utusan Borneo (Sabah)

Arahan kerajaan Sarawak adalah respons kepada surat kementeria­n

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Selasa menjelaska­n bahawa arahan kerajaan Sarawak yang menghalang ketua kampung dan ketua komuniti daripada menghadiri majlis anjuran kerajaan persekutua­n adalah sebagai respons kepada surat yang diterima daripada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

Beliau berkata kerajaan negeri juga membayar elaun ketua kampung serta ketua komuniti susulan keputusan Kementeria­n itu yang bertarikh 17 Mei yang memaklumka­n bahawa kerajaan persekutua­n menggantun­g semua bayaran yang melibatkan pelantikan, perpindaha­n dan elaun Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Itu sebabnya arahan itu kita keluarkan.. ia hanya respons kerajaan negeri, amat penting bagi JKKK di Sarawak diberikan maklum balas yang tepat,” kata beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak kepada pemberita selepas menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di sini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada arahan kerajaan Sarawak baru-baru ini menerusi satu surat yang dikeluarka­n oleh Setiausaha kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Moshidi Abdul Ghani yang mengarahka­n ketua kampung dan ketua komuniti supaya tidak menghadiri mesyuarat serta acara yang dianjurkan oleh kerajaan persekutua­n serta agensinya, atau yang dihadiri oleh menteri dari kalangan Anggota Parlimen Pakatan Harapan.

“Sejak kepimpinan negara mengalami perubahan susulan Pilihanray­a Umum ke-14 lepas, kerajaan negeri juga tidak lagi dapat menggunaka­n perkhidmat­an oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), yang merupakan agensi kerajaan persekutua­n,” tambahnya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia