Utusan Borneo (Sabah)

AIM lahir lima usahawan cemerlang di Kota Marudu

- Oleh HENRY BATING

Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menjadi peneraju dalam penawaran perkhidmat­an pinjaman mikro kepada kalangan suri rumah di negara ini berjaya melahirkan lima usahawan cemerlang di Kota Marudu.

Pengarah Operasi Lapangan AIM Malaysia Rozita Mohamad Osman berkata meskipun ketika negara menghadapi sedikit masalah ekonomi, kalangan peminjam badan kewangan itu tidak pernah gagal membayar balik pinjaman.

“Kadar faedah 10 peratus yang dikenakan kepada kalangan peminjam mikro AIM tidak menjadi masalah kepada peminjam membayar balik sehingga hampir RM1 bilion yang ditawarkan sebelum ini berjaya dibayar balik,” katanya.

Penerimaan anugerah usahawan cemerlang didahului Sobiling Gungas yang juga Pengerusi Kelab Usahawan diikuti Juriah Lansuin, Rufinah Enggang, Wailin Mungu dan Elty Doasa.

Sementara penerima di kawasan Pitas ialah Salora @Sandra Karim, Nasmilah Ibrahim, Jamilah Tassin dan Marawiah Taha di samping Bujang @Norliah Kunsang yang merupakan ahli paling lama.

Penganuger­ahan itu disampaika­n sempena Majlis Sambutan Jubli Perak AIM serta Karnival Usahawan AIM Kota Marudu dan Pitas.

“Pencapaian kalangan sahabat AIM di bahagian utara Sabah yang tidak pernah gagal membayar balik pinjaman melonjakka­n lagi pencapaian menjadi usahawan sehingga menjadi contoh kepada ramai sahabat lain,” kata Rozita.

Anugerah Usahawan Berjaya turut disampaika­n kepada 12 penerima terdiri daripada Leong Moi Fun, Liew Than Yong, Chin Kui Moi, Suili Tambud, Kironica Mudah, Sarina Gose, Norinah @Rasmie Boman, Susan Wong Oi Fah, Kondiun Untaus dan Laina Gontung.

Sementara itu, Onduyotong Amau yang berusia 98 tahun dianugerah­kan sebagai sahabat warga emas.

Dalam alu-aluannya, Sobilin yang juga pengerusi penganjur memaklumka­n bahawa AIM di sini telah bermula 20 tahun lalu dan kini keahlian sudah mencecah 3,008 orang yang kebanyakan sudah melepasi masa sukar sebagai peniaga dan menjadi usahawan berjaya.

Karnival selama tiga hari itu telah menjadi pentas persembaha­wan pelbagai kebudayaan, pertanding­an nyanyian, cabutan tiket bertuah dan sumbangan kebajikan sahabat.

Hadir sama, Pengurus Kanan AIM Rahim Ismail, Pengurus Wilayah Zon Pantai Barat Hajah Noraizan Ab Ghafar, Norazleen Wan Hamid (Pantai Barat Utara), Zulkaffle Khalid (Sabah Tengah), Nordin Sutan (Sabah Barat), Roslee Moksin (Sabah Utara), K Mazlan Elis (Pegawai Eksekutif Sabah Utara), Mohd Zakir Wahit (Kota Marudu) dan lebih 1,500 sahabat dari Wilayah Utara Sabah.

 ??  ?? ROZITA (lima kiri) bersama Sobilin, Noraizan, Noraazlina dan Moksin ketika memotong kek jubli perak.
ROZITA (lima kiri) bersama Sobilin, Noraizan, Noraazlina dan Moksin ketika memotong kek jubli perak.
 ??  ?? ROZITA tertarik dengan produk lada hitam yang diusahakan para sahabat.
ROZITA tertarik dengan produk lada hitam yang diusahakan para sahabat.
 ??  ?? SARIFAH memenangi cabutan paling bertuah.
SARIFAH memenangi cabutan paling bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia