Utusan Borneo (Sabah)

Ancaman tanah runtuh

Penghuni rumah cedera dalam kejadian tanah runtuh

-

LUBOK ANTU: Seorang daripada empat penghuni sebuah rumah cedera apabila berlaku runtuhan tanah berdekatan rumah mereka akibat hujan lebat melanda kawasan Lubok Antu awal pagi Isnin.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi itu mencederak­an seorang penghuni dan hampir menyebabka­n kemusnahan rumah persendiri­an bersebelah­an Rumah Ukom, Kawasan Penempatan Semula Batang Ai dekat sini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK1 Henry

“Kami menerima laporan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 2.28 ” petang Isnin. HENRY JUGAH Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong PBK1

Jugah berkata mendapan dan runtuhan tanah berlaku di kawasan belakang rumah dalam jarak lima kaki dari tiang belakang rumah.

“Kami menerima laporan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 2.28 petang Isnin.

“Dua anggota bomba, PB Abdul Kadir Sebie bersama PB Bakas Lidam dikerah ke lokasi kejadian dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk memantau keadaan.

“Setibanya di tempat kejadian didapati runtuhan melibatkan kawasan belakang rumah dan jalan raya berdekatan.

“Pihak bomba hanya melakukan pemantauan dan menasihati penduduk rumah panjang menutup tanah runtuh tersebut menggunaka­n kanvas.

“Kami telah memaklumka­n kepada pihak JKR Bahagian Sri Aman mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Selain itu, Henry turut menasihati mangsa terjejas berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya kejadian serupa berulang.

Beliau juga meminta mereka memaklumka­n kepada BBP Betong untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? KEADAAN tanah yang runtuh menyebabka­n penghuni rumah resah.
KEADAAN tanah yang runtuh menyebabka­n penghuni rumah resah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia