Utusan Borneo (Sabah)

Keganasan akibat Ebola ragut 14 nyawa

Militia Congo sasar petugas kesihatan, wabak makin teruk

-

KINSHASA: Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati sekurangku­rangnya 14 orang, termasuk dua petugas kesihatan di timur Congo, di kawasan di mana militia menghalang usaha kerajaan untuk membendung wabak Ebola.

Penularan wabak yang terkini itu menyebabka­n 152 orang maut, kebanyakan­nya di wilayah Utara Kivu dan Ituri, yang menjadi pusat pemberonta­kan bersenjata dan pembunuhan etnik sejak dua perang saudara pada akhir 1990-an.

Jumlah kes meningkat dengan pantas sejak dua minggu lalu dan jawatankua­sa pakar kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengatakan, wabak mungkin akan bertambah buruk.

Menteri Kesihatan Oly Ilunga berkata insiden tembakan itu amat menyedihka­n, petugas kesihatan tidak sepatutnya menjadi sasaran kumpulan bersenjata.

Bagaimanap­un, penyerang belum dapat dikenal pasti.

Ketegangan tercetus kerana penduduk tempatan tidak percaya dengan usaha mengekang penularan wabak oleh petugas kesihatan.

Petugas kesihatan juga berdepan gangguan oleh kumpulan pemberonta­k yang mengganggu kerja-kerja rawatan, proses pengebumia­n pesakit maut akibat Ebola dan program vaksinasi.

Kementeria­n kesihatan mengatakan di Butembo, sekumpulan 22 lelaki menggali kubur mangsa Ebola untuk memastikan organ mereka telah dikeluarka­n oleh pekerja kesihatan, dengan itu menyebabka­n mereka mudah dijangkiti.

Pada Ahad, kesemua lelaki itu diberikan suntikan vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia