Utusan Borneo (Sabah)

Pecah Amanah: Najib, Irwan dan Hasanah didakwa hari ini

-

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah akan didakwa hari ini berhubung beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumka­n mereka telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah di mahkamah hari ini.

Mereka akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk pertuduhan tersebut.

SPRM berkata Najib dan Mohd Irwan Siregar hari ini dipanggil ke di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi melengkapk­an proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Najib yang tiba pukul 1.53 tengah hari tadi, meninggalk­an SPRM pukul 5.01 petang selepas memberi keterangan.

Sumber SPRM pula berkata Mohd Irwan Serigar, yang tiba kira-kira 3.25 petang, ditahan ketika hadir memberi keterangan.

SPRM dalam kenyataan sama turut memaklumka­n telah mendapat izin mendakwa bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Hasanah akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga hari ini.

Najib, Mohd Irwan dan Hasanah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia