Utusan Borneo (Sabah)

Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala Penjawat awam perlu utuh fizikal, mental

-

IPOH: Seorang lans koperal polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di perumahan anggota polis di sini pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata mayat mangsa yang berusia 29 tahun ditemui di bahagian belakang kuarters Balai Polis Pekan Baharu kira-kira pukul 6.15 pagi.

Siasatan lanjut mengenai insidenitu­sedangdija­lankan dengan mengambil kira pelbagai aspek, katanya.

“Punca sebenar kematian belum diketahui, kita masih menyiasat. Terdapat satu kesan tembakan yang menembusi kiri kanan kepala mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Razarudin berkata senjata api yang ditemui bersama mayat dipercayai milik anggota berkenaan yang baru dua hari bertugas di Balai Polis Pekan Baharu.

“Anggota masih bujang dan sebelum ini merupakan anggota pasukan bertindak khas D7 (Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap),” katanya.-Bernama KOTA KINABALU: Penjawat awam perlu memiliki keutuhan fizikal dan mental yang mantap untuk mengurus serta memastikan kelangsung­an perkhidmat­an yang berkualiti.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Samsuni Mohd Nor berkata, Rakan Pembimbing Perkhidmat­an Awam (Akrab) adalah antara usaha ke arah peningkata­n dan penambahba­ikan kualiti penjawat awam.

“Akrab sebagai platform membina kemahiran profesiona­l dan meningkatk­an kecekapan pengurusan kendiri ke arah melahirkan modal insan berkualiti dalam perkhidmat­an awam.

“Para ahli perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan pengurusan organisasi dalam membangun modal insan organisasi dan sentiasa menyebar komunikasi yang positif,”katanyaket­ikaberucap merasmikan Seminar Rakan Pembimbing Perkhidmat­an Awam, di sini, petang Selasa.

Dalam pada itu, beliau juga menyaranka­n ahli Akrab untuk mengikuti latihan dan pendedahan pengetahua­n asas ilmu psikologi dan kaunseling bagi membantu organisasi membina seterusnya mengekal kesefahama­n serta keharmonia­n dalam kalangan pekerja.

“Perkara ini perlu dilaksanak­an secara konsisten dan penuh iltizam selaras

PARA peserta seminar merakam gambar kenangan.

dengan dasar dan aspirasi kerajaan kini.

“Sebagai seorang penjawat awam dan juga ahli Akrab yang efektif haruslah bersedia memikul tugas dan tanggungja­wab dengan lebih mantap dan berkesan bersesuaia­n dengan akronim Akrab itu sendiri iaitu amanah, komitmen, rasional, akhlak dan bestari,” tambahnya.

Seminar sehari itu disertai seramai 100 orang yang terdiri para pegawai serta kakitangan awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini.

Turut hadir, Presiden Majlis Akrab Kebangsaan Datuk Pauzan Ahmar dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKMM selaku Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Seminar Arkrab KKMM 2018 Abd Shukor Mahmood.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia