Utusan Borneo (Sabah)

TEROKA PASARAN BAHARU

Untuk beri nilai pendapatan negara

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kerajaan komited untuk memastikan produk sawit dan komoditi lain terus bertahan untuk memberi nilai pendapatan negara.

Menurutnya, sejak memegang portfolio kementeria­n usaha giat dilakukan termasuk meneroka pasaran baharu produk komoditi negara.

“Kita aktif membuat program untuk mencari pasaran baharu di negaranega­ra luar misalnya di negara tradisi yang kita eksport seperti China, India, Eropah.

“Sekarang ini, kita sedang membuka pasaran di Afrika Utara untuk keperluan mereka seperti minyak sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Sayangi Komuniti Bual Bicara Latihan dan Kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan, Tungku pada Rabu.

Menurut beliau, berbanding sebelumnya pasaran di negara Mesir hampir menguasai 50 peratus namun kini wujud persaingan dari negara lain termasuk Indonesia.

Katanya, diharap dengan penerokaan pasaran baharu dapat membuka peluang pasaran sawit dan juga hasil komoditi lain.

Hasil komoditi lain seperti getah juga dikembangk­an dan ia mendapat perkembang­an baik bila produknya mendapat perhatian di Hainan, China.

menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pengetua sekolah yang terlibat menjayakan program itu.

Untuk rekod, sektor komoditi sawit mencatatka­n nilai eksport berjumlah RM84.9 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018.

Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sebanyak RM93.9 bilion dicatatkan dan ia menunjukka­n penurunan sebanyak 9.2 peratus.

Sektor komoditi salah satu penyumbang terbesar kepada jumlah eksport bersih negara dan pada tahun 2017 eksport produkprod­uk berasaskan komoditi berjumlah RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM77.8 bilion atau 55 peratus disumbangk­an sektor sawit.

Mengenai kekurangan pekerja, Shamsul berkata permasalah­an yang dikenalpas­ti termasukla­h tenaga kerja mahir yang memerlukan perhatian dan pelan pembanguna­n kemahiran.

“Saya yakin Institut Perladanga­n dan Komoditi (Impac) selaku peneraju akan meneruskan aktiviti (memperkasa­kan modal insan sektor komoditi) dengan merekrut tenaga anak muda untuk terlibat aktif dalam bidang komoditi dan perladanga­n,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUL
SHAMSUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia