Utusan Borneo (Sabah)

Langganan e-paper percuma setahun untuk peserta PRS

-

KOTA KINABALU: Sekiranya anda masih belum mendaftark­an diri untuk menghadiri Program Bicara ‘Simpan Untuk Masa Hadapan Dengan PRS’, yang akan berlangsun­g pada 27 Oktober (Sabtu ini), sila daftar sekarang di http://gg.gg/shppa.

Dengan menghadiri program ini, anda boleh mendapatka­n pengetahua­n tentang perancanga­n persaraan serta berpeluang untuk mendapatka­n khidmat nasihat daripada wakil RHB Asset Management mengenai simpanan PRS untuk anda, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan.

Peserta juga bakal menerima langganan e-paper percuma selama setahun daripada See Hua Group di mana anda boleh memilih untuk melanggan salah satu daripada akhbar ini - See Hua Daily News, The Borneo Post atau Utusan Borneo.

Pada masa yang sama juga, 10 peserta berpeluang untuk menerima PRS Treats bernilai RM200 (dalam unit PRS). Selain itu, cenderahat­i menarik juga akan diberikan kepada mana-mana peserta yang membuka akaun PRS pada hari yang sama.

Program bicara ini dibawakan kepada anda oleh Private Pension Administra­tor Malaysia (PPA) dan RHB Asset Management Sdn Bhd, dianjurkan oleh See Hua Group dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kota Kinabalu (KKCCCI).

Program ini akan diadakan di Dewan KKCCCI (Aras 3), Jalan Laiman Diki, Kampung Air dari jam 2 hingga 6 petang.

Masuk adalah percuma, tetapi terhad kepada 200 peserta terawal sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 088-318 811.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia