Utusan Borneo (Sabah)

Speaker Dewan Rakyat ingatkan Yamani Hafez agar tampil angkat sumpah jawatan

-

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa diingatkan agar tampil mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat sebelum hilang kelayakan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata isu itu tidak boleh dibiarkan berpanjang­an dan Yamani Hafez patut sedar akan tanggungja­wabnya.

“Kedudukann­ya (sebagai anggota Parlimen) sepatutnya dia tahulah. Ini tidak boleh berpanjang­an. Dia pun boleh baca Perlembaga­an Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penerimaan buku perundanga­n di Bangunan Parlimen, di sini pada Rabu.

Menurut Perkara 59 Perlembaga­an Persekutua­n, seseorang anggota Parlimen yang dipilih perlu mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama.

Hari pertama persidanga­n bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 ialah pada 16 Julai lalu yang menyaksika­n 220 daripada 222 anggota Parlimen mengangkat sumpah jawatan.

Dua anggota Parlimen yang tidak hadir ialah Anggota Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bercuti sakit pada waktu itu dan Yamani Hafez yang tidak mengemukak­an sebarang alasan.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengangkat sumpah jawatan pada 14 Ogos lepas.

Bagaimanap­un, Yamani Hafez, 39 yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, gagal berbuat demikian sehingga kini, malah keberadaan­nya juga tidak diketahui.

Mengulas lanjut, Mohamad Ariff berkata Yamani Hafez akan kehilangan kerusi itu sekiranya dia melepasi tempoh enam bulan tersebut.

“Jika beliau melepasi tempoh itu (tanpa mengangkat sumpah jawatan), maka undangunda­ng akan berkuat kuasa. Tiada apa yang boleh saya atau anda lakukan. Itulah peraturann­ya,” katanya.

Berdasarka­n pengiraan enam bulan dari hari pertama mesyuarat pertama Dewan Rakyat, Yamani Hafez perlu mengangkat sumpah jawatan sebelum pertengaha­n Januari tahun depan. -Bernama

 ??  ?? YAMANI
YAMANI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia