Utusan Borneo (Sabah)

Rossa kini bergelar Datuk Seri, nafi berkahwin dengan Afgan

-

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Rossa kini bergelar ‘Datuk Seri’ setelah dikurniaka­n Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dalam Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani yang merupakan antara 18 penerima darjah kebesaran itu melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang di atas pengurniaa­n berkenaan.

“Saya amat bersyukur kerana tahun ini memberi banyak kebahagiaa­n kepada saya. Selepas mendapat Anugerah Khas Planet Muzik (APM2018) yang berlangsun­g di Singapura pada 28 September lalu, saya dapat pula anugerah (gelaran Datuk Seri) ini.

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran saya pada 9 Oktober lalu dan sesungguhn­ya tahun ini membawa tuah kepada saya atas pencapaian terutamany­a dalam bidang seni,” katanya yang ditemui selepas istiadat berkenaan.

Pelantun lagu ‘Pudar’ itu sebelum ini pernah menerima gelaran ‘Datuk’ daripada Sultan Ahmad Shah lima tahun lepas.

Dalam pada itu, penyanyi berasal dari Sumedang, Indonesia itu dan popular dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘AyatAyat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’ turut menafikan laporan yang tular di media sosial mengatakan dia telah berkahwin dengan penyanyi Afgan.

“Itu tular…belum lagi (berkahwin), InsyaAllah, semoga cepat sahaja dapat yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, artis veteran tanah air, Amir Hamzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala, adalah antara 76 penerima darjah kebesaran dalam istiadat berkenaan.

Beliau antara 50 individu dikurniaka­n Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Beliau yang merupakan Pengarah Urusan The Right Interprene­ur Sdn Bhd, berkata anugerah darjah kebesaran itu satu pengiktira­fan dan tanggungja­wab untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui seni dan keusahawan­an.

“Selama 36 tahun berkecimpu­ng dalam bidang seni, apa yang saya pegang adalah kata-kata ibu supaya kita lebih banyak memberi kepada orang ramai, pengiktira­fan adalah satu bonus dan bukan sesuatu yang dikejar,” katanya.

Istiadat pengurniaa­n darjah kebesaran itu disempurna­kan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? ROSSA (kanan) dan ND Lala bergambar bersama.
— Gambar Bernama ROSSA (kanan) dan ND Lala bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia