Utusan Borneo (Sabah)

GBS blok pembangkan­g baharu

Dianggotai empat parti politik

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Gabungan Bersatu Sabah (GBS) secara rasmi ditubuhkan sebagai blok pembangkan­g baharu yang dianggotai empat parti politik di negeri ini.

Pengerusi sementara GBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, antara parti politik yang terlibat adalah Parti Bersatu Sabah (PBS), Umno, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Penubuhan GBS tercetus berikutan keputusan Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) dan insiden-insiden susulan.

“Menyedari nadi rakyat yang dahagakan perpaduan dan kekuatan politik dalam kalangan parti politik di Sabah, kami telah berbincang dan bersetuju menubuhkan GBS bagi menggantik­an rejim politik lama,” katanya ketika sidang media penubuhan rasmi GBS, di sini pada Rabu.

Jelas Pairin, ketua-ketua komponen parti akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Bersama iaitu Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pengerusi Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor, Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup.

Sementara itu, beliau bersama Adun Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman memegang jawatan sebagai penasihat GBS, Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Bersama, manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak dilantik sebagai Naib Pengerusi GBS.

“Setiausaha Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Masidi Manjun akan memegang jawatan Setiausaha Agung GBS dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dilantik sebagai ketua penerangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata GBS sudah bersedia mengambil alih tampuk kerajaan sedia ada yang sehingga hari ini masih belum dapat disahkan statusnya.

Katanya, GBS akan memastikan Malaysia dan Sabah kekal harmoni dan bersatu, di samping meningkatk­an pembanguna­n sosio ekonomi negeri dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.

“GBS juga akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan demi kesejahter­aan Malaysia baharu dan Sabah.

“Justeru, kami merayu semua rakyat di negeri ini mendukung dan menyertai perjuangan murni ini demi menyelamat­kan Sabah dan memperjuan­gkan kemajuan, keselamata­n, integriti wilayah serta kemakmuran negeri yang tercinta,” katanya.

Sementara itu, Anifah berkata penubuhan GBS adalah atas kesedaran tentang keperluan bersama antara parti-parti yang terlibat.

Katanya, tiada isu mengenai kedudukan individu mahupun parti dibangkitk­an sepanjang perbincang­an bersama ketuaketua komponen.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaan adalah merealisas­ikan misi serta visi GBS yang mengutamak­an kepentinga­n rakyat dan negeri ini.

 ??  ?? PAIRIN (empat kiri) bersama para pemimpin GBS pada sidang media pengumuman penubuhan rasmi blok pembangkan­g berkenaan yang dianggotai empat parti politik.
PAIRIN (empat kiri) bersama para pemimpin GBS pada sidang media pengumuman penubuhan rasmi blok pembangkan­g berkenaan yang dianggotai empat parti politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia