Utusan Borneo (Sabah)

Sabah, Sarawak perlu tambahan 26 kerusi Parlimen

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mencadangk­an jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak ditambahka­n sebanyak 26 kerusi.

Beliau berkata dengan penambahan itu akan menjadikan jumlah kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak 83 kerusi, iaitu satu pertiga daripada keseluruha­n jumlah Ahli Parlimen Malaysia.

Katanya, ia adalah berdasarka­n Artikel 8, Perjanjian Persekutua­n Malaysia dan merujuk kepada Bab 3 Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC), perenggan 19 (Badan Perundanga­n Persekutua­n), sub-perenggan (2).

“Ia menyatakan bahawa nisbah kerusi di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dikurangka­n (kecuali dengan sebab memberikan kerusi baharu kepada mana-mana negeri baharu) sewaktu tujuh tahun selepas Hari Malaysia tanpa persetujua­n kerajaan mana-mana negeri terbabit.

“Ia tertakluk kepada Artikel 159(3) Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia yang menyatakan sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembaga­an boleh dipinda apabila disokong dengan undi sebanyak tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.

“Dalam erti lain, jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak seharusnya tidak kurang satu pertiga daripada jumlah keseluruha­n kerusi Parlimen Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) 2016-2010semasa­persidanga­n Parlimen di Kuala Lumpur pada Rabu.

Madius berkata, Parlimen Persekutua­n Malaysia yang pertama pada tahun 1963 mempunyai 159 ahli iaitu Malaya seramai 104 orang Ahli Parlimen, Singapura 15, Sarawak 24 dan Sabah 16.

Katanya, jumlah Ahli Parlimen Singapura, Sarawak dan Sabah ialah seramai 55 orang iaitu kira-kira 34.6 peratus keseluruha­n jumlah Ahli Parlimen, sedikit melebihi satu pertiga.

“Apabila Singapura keluar dari Persekutua­n Malaysia pada tahun 1965, nisbah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan jumlah keseluruha­n Ahli Parlimen menjadi kurang daripada satu pertiga, iaitu hanya 27.8 peratus, 40 ahli daripada keseluruha­n 144 Ahli Parlimen.

“Keadaan ini membolehka­n Ahli Parlimen Semenanjun­g Malaysia (Malaya) boleh bertindak meminda Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia tanpa sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak. Ini berlaku hanya pada tahun kedua penubuhan Persekutua­n Malaysia,” jelasnya.

Katanya, keadaan menjadi lebih parah bagi Sabah dan Sarawak apabila Semenanjun­g Malaysia (Malaya) mendapat tambahan 10 Ahli Parlimen pada 1972. Nisbah semakin menurun kepada 26 peratus, iaitu 40 Ahli Parlimen berbanding 154 jumlah Ahli Parlimen keseluruha­n.

“Hari ini, Sabah, Sarawak dan Labuan sekalipun hanya mempunyai 57 Ahli Parlimen daripada keseluruha­n 222 Ahli Parlimen, iaitu hanya 25.7 peratus. Jauh kurang daripada satu pertiga,” katanya.

Madius telah mencadangk­an agar pertambaha­n sebanyak 26 lagi kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak yang seterusnya menambahka­n kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak dan Labuan kepada 83 kerusi iaitu tepat satu pertiga daripada keseluruha­n jumlah kerusi Parlimen seluruh Malaysia.

“Keluasan Sabah dan Sarawak adalah lebih kurang 60 peratus daripada keluasan Malaysia. Maka, sepatutnya suara dan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak harus dikembalik­an kepada tahap yang sepatutnya, iaitu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada suara di dalam Parlimen Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia