Utusan Borneo (Sabah)

INFAQ terima Anugerah Khas sempena Maal Hijrah

-

TUARAN: Kumpulan nasyid INFAQ telah diberikan Anugerah Khas sempena Majlis Perhimpuna­n Maal Hijrah Peringkat Daerah Kecil Tamparuli 1440 Hijrah bersamaan 2018M, bertempat di Masjid Ubudiyyah Daerah Kecil Tamparuli.

Anugerah Khas itu telah disampaika­n oleh Penolong Pegawai Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Tuaran Mohd Sofian Alfian.

Beliau yang juga perasmi majlis itu mengucapka­n tahniah dan syabas kepada kumpulan INFAQ atas komitmen dan usaha yang berterusan dalam bidang dakwah khususnya melalui programJej­akDakwahNa­syid INFAQ kepada masyarakat setempat di daerah ini.

Menurut Ustaz Syahar, salah seorang ahli kumpulan INFAQ, setakat ini program Jejak Dakwah Nasyid INFAQ telah diadakan sebanyak lapan siri di masjid dan surau sekitar Tamparuli.

“Dalamprogr­amberkenaa­n, masyarakat disantuni melalui pendekatan hiburan nasyid secara santai, ceramah agama serta program kebajikan dengan menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf dan golongan yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya, kumpulan INFAQ telah ditubuhkan secara rasminya pada 31 Oktober 2014 dengan dibarisi tiga anak jati Sabah, iaitu beliau sendiri, Ustaz Ramli dan Ustaz Sharif.

Kini, mereka telah menerbitka­n satu album. Selain itu, lagu Kekasih dalam album itu turut disiarkan di RTM dan menduduki tangga tertinggi dalam carta IKIM. fm.

Sejak ditubuhkan, INFAQ telah menghadiri hampir 100 jemputan persembaha­n untuk pelbagai majlis.

 ??  ?? MOHD Sofian menyampaik­an anugerah kepada kepada Kumpulan nasyid INFAQ sempena majlis itu.
MOHD Sofian menyampaik­an anugerah kepada kepada Kumpulan nasyid INFAQ sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia