Utusan Borneo (Sabah)

Perlu tambahan balai bomba

BBP di seluruh Sabah masih belum mencukupi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Walaupun Sabah sudah memiliki 22 premis Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) namun angka itu dilihat masih belum mencukupi mengambil-kira faktor keluasan jarak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzam­an Malik Abdullah berkata BBP baharu di Sook pula akan menjadikan 23 premis di negeri ini.

“Isu utama kita adalah faktor jarak antara kawasan yang berjauhan sedangkan dalam konteks kebakaran, masa maklum-balas sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam siri lawatan rasminya yang pertama di negeri ini selaku pengarah JBPM Sabah yang baharu, di sini pada Rabu.

Menurutnya, masa maklumbala­s untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk bomba tiba di lokasi kebakaran mestilah dalam tempoh di bawah 10 minit selepas aduan diterima.

“Tetapi kalau melihat kes di Sabah, memang agak sukar (untuk capai bawah 10 minit tiba ke lokasi kejadian) kerana KPI ini juga berkait rapat dengan jarak kedudukan BBP.

“Sebab itu, kita mengurangk­an masa maklumbala­s ini melalui beberapa inisiatif seperti pembentuka­n sukarelawa­n bomba, melatih masyarakat dan penyertaan kadet bomba.

“Misalnya di Tawau sendiri, saya lihat kita masih boleh pertimbang­kan (mewujudkan BBP baharu) kerana kawasannya terlalu luas malah lebih luas daripada Melaka,” katanya.

Kamarulzam­an berkata risiko di Tawau juga dilihat berbeza dengan di kawasan lain kerana terdapat banyak perumahan atas air dan ramai pelabur yang terlibat dalam sektor industri.

Beliau optimis kerajaan baharu akan memulakan projek membaiki BBP di Semporna dan Lahad Datu yang sudah uzur pada tahun hadapan.

“Kita ada tapak yang sudah dikenalpas­ti di Parlimen Kalabakan dan akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia seterusnya, namun keutamaan sekarang adalah BBP Semporna.

“Kalau pergi melihat BBP Semporna, balai kita di sana sudah tidak selamat (untuk digunakan) sehinggaka­n rumah staf yang terpaksa dijadikan balai,” katanya.

“BBP baharu di Sook pula akan menjadikan 23 premis di negeri ini. Isu utama kita adalah faktor jarak antara kawasan yang berjauhan sedangkan dalam konteks kebakaran, masa ” maklum-balas sangat penting. KAMARULZAM­AN MALIK ABDULLAH Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah

 ??  ?? KAMARULZAM­AN memeriksa kawad melibatkan pegawai dan anggota JBPM Tawau.
KAMARULZAM­AN memeriksa kawad melibatkan pegawai dan anggota JBPM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia