Utusan Borneo (Sabah)

Wujud cabaran namun latihan inter agensi boleh membantu

-

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengakui wujud cabaran dari segi mendapatka­n maklumat berkaitan ancaman tsunami di negeri ini.

Pengarah JBPM Sabah Kamarulzam­an Malik Abdullah berkata cabaran serupa turut dihadapi berkaitan mekanisme sesuai untuk menyebarka­n amaran kepada orang ramai.

“Kita hanya bergantung kepada laporan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET),” katanya pada sidang media di JBPM Tawau di sini pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya melihat kepentinga­n teks WhatsApp untuk menularkan mesej amaran ancaman tsunami dan percaya kerajaan mengambil perhatian perkara itu.

Beliau turut menyedari kedudukan Tawau sebagai kawasan berpotensi dilanda tsunami sekiranya berlaku gempa bumi dalam magnitud besar seperti pada 2004.

“Secara spesifik, kita tidak mengadakan latihan tsunami (setakat ini), namun kita ada membuat Latihan Inter-Agensi bersama agensi lain dalam menguruska­n bantuan bencana.

“Saya percaya penting untuk kita tahu dan berlatih bersama mengenai kaedah mengkoordi­nasi latihan antara agensi yang sesuai sekiranya berlaku bencana,” katanya.

Kamarulzam­an berkata JBPM Tawau sendiri mengadakan kerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

Menurutnya, latihan bersama itu penting untuk melihat keberkesan­an kerjasama yang boleh diwujudkan antara agensi sekiranya berlaku situasi kecemasan atau bencana.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata JBPM Sabah kini dalam perancanga­n untuk mewujudkan kerjasama Tawau Emergency Mutual Aid (TEMA) di kawasan industri (berfokus).

“Kita merancang untuk membuat satu latihan besarbesar­an dengan TEMA melibatkan kerjasama antara agensi swasta dan kerajaan yang diketuai oleh JBPM,” katanya.

Untuk rekod, MET sudah memasang sebanyak 53 Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia di seluruh negara di mana, 16 daripada siren itu dipasang di negeri ini.

Malah, dua daripada siren terbabit juga sudahpun dipasang di Tawau iaitu di Masjid Al-Kauthar Bandar Tawau dan Masjid AlMukarram­ah Kg Tanjung Batu Keramat.

Lokasi lain, satu di Kunak (Balai Polis Kunak), tiga di Lahad Datu (Pejabat Fama, Masjid Raudhah dan Balai Polis Tambisan), dua di Semporna (Masjid Dul Naim Pulau Bum-Bum dan Masjid Daerah Semporna) dan dua di Sandakan (Masjid Kg Tinosa 2 dan Masjid Daerah Sandakan)

Kudat pula mempunyai satu siren serupa yang ditempatka­n di Pejabat Kastam, satu di Pulau Banggi (Balai Polis Banggi), satu di Kota Kinabalu (Safma), satu di Kota Belud (Pondok Polis Kuala Abai), satu di Tuaran (Nexus Karambunai Resort) dan satu di Putatan (Balai Cerap Al-Biruni).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia