Utusan Borneo (Sabah)

KAC Keempat pada 2 Disember

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kiulu Adventure Challenge (KAC) kali keempat 2018 anjuran Persatuan Pelanconga­n Kiulu bakal berlangsun­g pada 2 Disember akan datang.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan JoAnna Sue Henley Rampas berkata, sebanyak empat kategori akan dipertandi­ngkan melibatkan acara berlari, berbasikal dan berakit.

Menurutnya, pertanding­an itu bermula pada jam 6 pagi di Dataran Mini Kiulu Pekan Kiulu Tuaran dan berakhir di lokasi yang sama.

“Atas permintaan yang tinggi, pendaftara­an untuk KAC dilanjutka­n sehingga penghujung Oktober ini selepas dibuka pada 1 Julai lepas.

“Kita menjangkak­an lebih ramai peserta yang akan menyertai KAC tahun ini dengan pelbagai tawaran hadiah yang lumayan,” katanya semasa sidang media di sini pada Rabu.

Beliau berkata, penganjura­n KAC bukan sahaja mempromosi­kan kawasan Kiulu sebagai destinasi eko pelanconga­n luar bandar.

Malah jelasnya, ia membantu meningkatk­an jumlah pengunjung yang melawat Kiulu setiap tahun.

Sehubungan itu katanya, ia sekali gus membantu para usahawan di kawasan berkenaan untuk menambah pendapatan serta membuka peluang pekerjaan kepada lebih 300 penduduk.

“Sempena acara ini juga, Karnival Mini Kiulu (KMC) turut diadakan selama dua hari bermula 1 Disember 2018.

“Pelbagai acara sukan tradisiona­l turut dijalankan sepanjang KMC berlangsun­g antaranya tarik tali, lumba ‘rampanau’ dan juga bangkarton,” katanya.

 ??  ?? JO-ANNA (enam kanan) bersama wakil penganjur KAC selepas sidang media itu.
JO-ANNA (enam kanan) bersama wakil penganjur KAC selepas sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia