Utusan Borneo (Sabah)

1,000 umat Islam hadir majlis memperinga­ti tragedi gempa bumi Palu

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Malam Untaian Rindu Junjungan Kasih Nabi Muhammad SAW (Malam Memperinga­ti Tragedi Gempa Bumi Palu Sulawesi Indonesia) telah dihadiri hampir seribu umat Islam sekitar daerah ini yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, malam Selasa.

Majlis berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Badan Dakwah Sandakan, Majlis Al-Khairaat Sabah, Majlis Perbandara­n Sandakan, Parti Warisan Sabah, Jabatan Penerangan, RTM, PDRM dan lain-lain.

Program yang berlangsun­g kira-kira dua jam itu diisi dengan majlis selawat, kutipan amal untuk membantu mangsa gempa dan tsunami di Palu serta ceramah agama telah dirasmikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Arifin Asgali.

Hadirsama,TimbalanPr­esiden MPS yang juga Pengerusi Badan Dakwah Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain, Pegawai Tadbir Agama Jheains Sandakan yang juga Pengerusi Persatuan Hadrah Dzikir dan Solawat Al Khairaat Sabah Romzi Abdul Rahman, mantan Speaker DUN Sabah Datuk Hassan Alban Sandukong serta Datuk Pengiran Abd Rahman Datuk Pengiran Galpam.

Berucap pada majlis itu, Arifin mengajak umat Islam agar sentiasa memperinga­ti sejarah perjuangan Rasulullah.

“Ada banyak cara untuk kita menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad. Amalkan berselawat setiap masa bagi memuji kebesaran Baginda, ikuti sunah, patuh segala suruhan kerana ia juga merupakan suruhan Allah dan jauhi laranganny­a kerana ia boleh membinasak­an.

“Diharapkan cinta kita kepada Rasulullah melalui programpro­gram seperti ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sunahnya dapat diamalkan di seluruh pelosok muka bumi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin juga berharap masyarakat Palu bersabar dengan musibah yang menimpa dan mengajak orang ramai membantu semampunya.

Terdahulu itu, Hamsan berkata Badan Dakwah dan Jheains Sandakan bercadang mengadakan misi bantuan ke Palu, Sulawesi.

Beliau juga mengucapka­n penghargaa­n kepada masjidmasj­id sekitar Sandakan yang mengadakan kutipan amal setiap solat Jumaat bagi sama-sama membantu mangsa di Palu.

 ??  ?? ARIFIN bersalaman dengan masyarakat Islam yang hadir.
ARIFIN bersalaman dengan masyarakat Islam yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia