Utusan Borneo (Sabah)

Empat tahun guna MyKad palsu

Wanita warga asing dipenjara 28 bulan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang memegang kad pengenalan palsu selama empat tahun, dikenakan penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Norfazila Nasrani, 25, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didapati memiliki MyKad atas nama Norfazila Nasrani bernombor 010810-12-1648, pada 17 Oktober jam 11.30 pagi di sebuah restoran, Sinar Jaya, Tuaran.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan anggota detektif Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tuaran menjalanka­n Ops Pintu/ Kesan/Cantas, di kawasan terbabit.

Seorang wanita diperiksa dan diminta menyerahka­n kad pengenalan­nya, hasil semakan yang dibuat melalui sistem Mkid tiada didalam rekod.

Hasil siasatan mendapati, butir-butir maklumat yang tertera pada kad pengenalan berkenaan disyaki palsu.

Menjawab soalan mahkamah, tertuduh menyatakan nama sebenarnya Mariani dan sudah memegang MyKad berkenaan selama empat tahun.

“Saya mendapat kad pengenalan ini dari Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Ranau,” katanya dan menambah membayar sebanyak RM10,000 kepada individu yang menguruska­n kad pengenalan berkenaan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Namun Pegawai Pendakwa Insp Papilus Paulus menegaskan hukuman setimpal harus dijatuhkan kepada tertuduh.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap, setelah selesai dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Menjawab soalan mahkamah, tertuduh menyatakan nama sebenarnya Mariani dan sudah memegang MyKad berkenaan selama empat tahun. ”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia