Utusan Borneo (Sabah)

Peguam didakwa menipu projek kontrak kerja tanah

-

KOTA KINABALU: Seorang peguam wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menipu melibatkan perjanjian projek kontrak kerja tanah berkaitan minyak dan gas.

Siti Azizah Mohd Yusop, 40, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Tertuduh didakwa menipu seorang lelaki Chai Vee Leong, 36, dalam urusan surat perjanjian projek berkenaan untuk cadangan pembinaan Integrated Oil and Gas, di Kudat Industrial Park (KIP), Limau-Limauan, Kudat.

Akibat terperdaya mangsa menyerahka­n dua keping cek bernilai RM300,000 kepada tertuduh, pada 10 November 2016 jam 10 pagi di syarikat Azizah & Co, Pejabat Menara MAA, Lorong Api-Api, di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen420­KanunKesek­saan penjara selama tempoh sepuluh tahun dan denda.

Sementara menunggu kes selesai, Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin mencadangk­an ikat jamin diberikan sebanyak RM8,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Bagaimanap­un peguam Amli Norhin meminta jumlah berkenaan dikurangka­n dan menambah, tertuduh mempunyai seorang anak yang masih kecil berusia tujuh tahun.

Cindy membenarka­n ikat jamin diberikan sebanyak RM5,000 deposit RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Tarikh perbicaraa­n ditetapkan pada 3 Disember terhadap Siti Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia