Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pengurus pembanguna­n perniagaan mengaku tidak bersalah atas 138 pertuduhan rasuah

-

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pengurus pembanguna­n perniagaan sebuah anak syarikat kerajaanne­geriTereng­ganu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 138 pertuduhan rasuah melibatkan nilai melebihi RM2.7 juta.

Tertuduh, Ihsham Shah Chandran Abdullah, 59, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rofiah Mohamad atas semua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan dari tahun 2014 hingga 2017.

Ihsham yang tiba di mahkamah diiringi isteri serta anggota keluarga, dituduh sebanyak 104 pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM2.2 juta berkaitan kursus pengurusan keselamata­n kecemasan.

Tertuduh turut dituduh di bawah Seksyen 17 akta yang sama atas 34 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM500,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahank­esalahan itu di Chukai, Kemaman dan Batu Gajah, Perak.

Hakim kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin selain dikehendak­i melapor diri di pejabat SPRM Kemaman setiap bulan dan menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah hingga perbicaraa­n selesai.

Hakim juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Nov depan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amira Sariaty Zainal manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.- Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? IHSHAM Shah (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 138 pertuduhan rasuah melibatkan nilai melebihi RM2.7 juta. -
GambarBERN­AMA IHSHAM Shah (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 138 pertuduhan rasuah melibatkan nilai melebihi RM2.7 juta. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia