Utusan Borneo (Sabah)

Simpan harta curi, pemandu lori dipenjara 22 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori dikenakan penjara 22 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan harta curi.

Majistret Cindy Mc Juce Balitusmen­jatuhkanhu­kuman itu terhadap Johanis Chee Hee Soon, 37, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Tertuduh didapati secara curang menyimpan yang diketahuin­ya sebagai harta curi peralatan kamera, gergaji, tukul dan dua pita pengukur milik Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu.

Kesalahan dilakukan pada 19 Oktober jam 12.30 tengah malam, di sebuah rumah, Taman Pampang, Penampang.

Semasa rayuan, peguam dari Yayasan Badan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan dengan mengambil kira kerjasama yang diberikan kepada polis.

Johanis yang mempunyai dua anak diperintah­kan menjalani hukuman terbabit bermula dari tarikh tangkap.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 13 November terhadap seorang lelakiyang­didakwamel­akukan khianat.

Keputusan itu dilakukan terhadap Noorazli Yahya, 44, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menikam tayar kereta milik seorang lelaki berusia 45 tahun dan mengakibat­kan kerugian sebanyak RM150.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 Oktober jam 11.30 pagi di Kuala Putatan 2, Putatan.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,700 dicagarkan dua penjamin tempatan, selain melaporkan diri kepada pegawai penyiasat sekali dalam dua minggu.

Kedua-dua pendakwaan berkenaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia