Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, masyarakat perlu tingkat perhatian terhadap OKU

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Semua pihak digesa prihatin pada keperluan pendidikan kanak-kanak istimewa orang kurang upaya (OKU) dengan memainkan peranan masing-masing untuk diberi perhatian.

Penaung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Lahad Datu Lendungan Adiman berkata kesedaran mengenai hal itu penting kerana OKU juga mempunyai hak pendidikan sama dengan yang normal dan turut memainkan peranan dalam pembanguna­n negara.

Menurutnya, dengan mendedahka­n kanak-kanak OKU seawal usia yang ditetapkan akan memberi manfaat dan kelebihan kepada mereka demi masa depan.

Katanya, sudah ramai individu cemerlang dapat diketengah­kan dalam banyak bidang yang telah mencapai kejayaan seperti dalam bidang keusahawan­an, tenaga kerjaya profesiona­l dan lain-lain.

“Dalam bidang sukan juga, golongan ini telah membuktika­n kemampuan mereka dengan menjadi wira pada temasya sukan antarabang­sa.

“Kejayaan ini sudah pasti hasil usaha dan perhatian ibu bapa, keluarga, masyarakat dan kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga isteri kepada Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap Adun Lahad Datu Dumi Pg Masdal berkata demikian ketika ditemui selepas membuat kunjungan ke PDK, di sini pada Selasa.

Pada kunjungan itu, Lendungan menyantuni penghuni PDK dengan menyampaik­an hadiah, sumbangan berupa wang dan satu set peralatan penghawa dingin.

Dalam ucapannya, beliau menyeru ibu bapa yang mempunyai anak istimewa agar tampil memanfaatk­an PDK sebagai tempat untuk mendapatka­n ilmu.

Menurutnya, di PDK anak-anak akan didedahkan dengan pelajaran dan kemahiran diri serta ibu bapa juga boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai anak-anak mereka.

“Sesungguhn­ya, kanakkanak ini mempunyai keistimewa­an dan ibu bapa perlu menghantar mereka ke sini agar mereka didedahkan dengan pelajaran seterusnya kemahiran,” katanya.

Beliau menggesa agar masyarakat juga tidak meminggirk­an golongan OKU.

Apatah lagi dalam kalangan ibu bapa dan keluarga, beliau berpesan agar menyingkir­kan perasaan malu, takut dan malas untuk mendedahka­n anak-anak istimewa berkenaan mendapat hak pendidikan dan lain-lain kerana mereka juga insan seperti semua.

Turut hadir, Setiausaha Perhubunga­n Adun Lahad Datu Salsagap Pg Masdal, Pengerusi PDK Lahad Datu Dr Amirul Hisham Zainol dan Timbalan Pengerusi Tham Sai Tung.

 ??  ?? LENDUNGAN (duduk, tengah) bersama rombongan dan kakitangan PDK serta penghuni PDK yang diraikan.
LENDUNGAN (duduk, tengah) bersama rombongan dan kakitangan PDK serta penghuni PDK yang diraikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia