Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar perlu ilmu kemahiran

Untuk mudahkan ceburi sektor pekerjaan selepas tamat persekolah­an

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Para pelajar perlu didedahkan dengan ilmu kemahiran, selain mempersiap­kan diri dengan kemahiran kendiri.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Ramlan Jagah berkata para pelajar bukan sahaja diminta supaya fokus kepada akademik tetapi bidang kemahiran yang mengkhusus dalam sektor utama.

Ia jelasnya, bagi memudahkan mereka menembusi sektor pekerjaan apabila menamatkan persekolah­an atau pengajian nanti.

“Kita amat menggalakk­an pelajar fokus kepada bidang kemahiran sebagai persediaan masa depan kerana negara memerlukan pekerja berkemahir­an tinggi, bukan hanya kecemerlan­gan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Graduasi & Anugerah Cemerlang 2018 Pusat Tingkatan 6 MOD 3, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi di sebuah hotel terkemuka di sini, pagi Rabu.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Ahli Jawatankua­sa Kehormat Ibubapa dan Komuniti yang juga mantan Pengarah Jasa Negeri Sabah Datuk Dr Yassin Haji Amit dan Pengetua SMK Batu Sapi Esmadi Ismail.

Ramlan berkata ramai pelajar yang tidak didedahkan dengan kemahiran terutamany­a kemahiran kendiri.

“Ibu bapa juga sebenarnya bertanggun­gjawab untuk menyediaka­n kemahiran kendiri ini kepada anakanak. Salah satu contoh ialah kemahiran temuduga. Adakah pelajar kita ini sudah disediakan dengan kemahiran berhadapan temuduga?

“Sekarang masuk universiti pun temuduga, mencari kerja pun temuduga. Itu antara kemahiran yang perlu didedahkan selain kemahiran komputer, microsoft word, excel, internet, kemahiran komunikasi dan kemahiran berpakaian,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga mahu kaunselor di sekolah juga memain peranan besar supaya dapat membekalka­n anak-anak didik dengan kemahiran yang mereka miliki untuk berhadapan dunia globalisas­i yang semakin mencabar ini.

Ramlan difahamkan, prestasi STPM SMK Batu Sapi pada tahun ini menunjukka­n peperiksaa­n percubaan yang sangat baik yang mana, telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan pencapaian seratus peratus pada tahun-tahun sebelumnya di mana saya difahamkan sekolah ini mencapai kelulusan seratus peratus tiga tahun berturut-turut dan pernah juga menerima anugerah peringkat jabatan.

“Saya melihat SMK Batu Sapi sedang bergerak melangkah ke hadapan dari segi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pencapaian Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM),” katanya.

 ??  ?? YASSIN menyempurn­akan Majlis Graduasi SMK Batu Sapi sambil diperhatik­an oleh Esmadi.
YASSIN menyempurn­akan Majlis Graduasi SMK Batu Sapi sambil diperhatik­an oleh Esmadi.
 ??  ?? RAMLAN menyampaik­an anugerah cemerlang kepada pelajar, diperhatik­an oleh Esmadi.
RAMLAN menyampaik­an anugerah cemerlang kepada pelajar, diperhatik­an oleh Esmadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia